Assalamualaikum...(^ ^)
Memang tidak dinafikan bahaya tu ada dimana² walau di dalam rumah sekali pun. Tetapi buat masa sekarang bahaya di luar rumah lebih berisiko. Yang paling ketara sekarang bahaya jerebu. Kualiti udara yang semakin meruncing dan sangat tidak sihat boleh mengundang pelbagai penyakit.
Jadi dalam keadaan jerebu ni agak berbahaya kalau berada di luar rumah. Kalau boleh elakkan aktiviti riadah di luar, duduk je di dalam rumah. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan, takde batasan pun. Cuma kalau terpaksa jugak berada di luar rumah atas faktor kerja, kena pakai topeng muka.
Belum habis bahaya jerebu sekarang terdapat pulak kes tifoid atau demam kepialu. Dari maklumat yang Mas baca khabarnya kes ini terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Puncanya adalah dari pengambilan makanan dan minuman tercemar yang dijual di luar.
Ishhh bahayanya kan? Jadi sekarang kalau nak makan di luar rumah kena lebih berhati², kena pilih kedai makan yang betul² menyediakan makanan dan minuman yang bersih. Kalau kita ragu² dengan kebersihan kedai tu lebih baik elakkan makan di situ. Lagi bagus kalau kita elakkan makan di luar, cuba sediakan dan masak sendiri makanan di rumah. Cuma kena ingat jugak, kalau sediakan makanan di rumah pun kena betul² jaga kebersihan!
Jerebu dan pencemaran ni memang bahaya, jadi elakkan selagi kita boleh.
betulll. sangat bahaya. ni pon dah sakit tekak & dah start batuk batuk >.<
BalasPadamWahhhhh ni gambar betul2 ke lukisannnnnn........gile ahhh
BalasPadamtakut kan kak. kita kurang2 kan lah aktiviti luar.
BalasPadamMacam2 penyakit dah sekarang. Betul2, kena selalu jaga kesihatan. Sebolehnya bawa la bekal ke tempat kerja. Makanan dijamin bersih, kita pun tak perlu keluar. ��
BalasPadamhttp://ainaez.blogspot.com
dah start sakit2 semuanya...mohon dipermudahkan
BalasPadamsampai skrng x jumpe lagi topeng n95 tuk jerebu tu, tutup muke pakai kain jelah nmpknye
BalasPadamJom Terjah : Fesyen Lelaki Popular yang.. Perlu ke?
assalamualaikum mas....semoga jerebu ini segera hilang...bahaya banyak kemudarataan buat kita semua...
BalasPadamteruk betul jerebu sekarang ni..kabur betul pemandangan mata
BalasPadam