Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 Oktober 2015

Demi keselamatan anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Sikap dan perangai anak² kadang kita tak boleh duga, terutamanya bila berada di luar rumah. Mungkin di rumah perangainya berbeza, mendengar kata dan duduk diam. Tapi bila di luar sikapnya berubah, ini mungkin kerana faktor persekitaran atau perasaan ingin tahu terhadap apa yang ada di luar rumah.


Macam kanak² seusia anak Mas si Airis, sikap dia bila berada di luar rumah memang berbeza sedikit. Dia akan lebih aktif dan tak mahu dipegang. Memang tak boleh lalai atau leka, nanti dia lagi laju dari kita. Dia memang pantang nampak eskalator, memang pantas dia lari ke arah eskalator tu. Pastu kalau pergi pasaraya dia memang suka lari², kadang nak kejar pun tak larat.

Biasanya Mas akan bawak stroller, tapi memang 10-15 minit je dia nak duduk dalam tu. Kadang letak dalam troli pun camtu, nanti dia pulak nak main tolak² troli. Bila dilarang nanti mulalah menangis menjerit². Huhhh penat mama dan babah dibuatnya. 

Jadi nak bagi dia rasa seronok, boleh tengok sekeliling dan keselamatan dia lebih terjamin inilah caranya. Memang tugas ni husband je boleh lakukan, tak kan mama pulak. Hehehee, penat sikitlah tapi kita lebih rasa lega sebab kita tau anak selamat. Daripada dia berlari kesana kesini dan kita marah dia, lebih baik buat cara camni kan? 



4 ulasan:

  1. ihihih.. yela kak.. bebudak dapat berlari... memang tak ingat dunia dia...

    BalasPadam
  2. macam2 cara kan ibu bapa lakukan

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...betul tu mmg kena berhati2 sbb skg ni mmg ada bermacam2 kes terjadi...:)

    BalasPadam
  4. cara begini pun okay demi keselamatan anak anak :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com