Assalamualaikum...(^ ^)
Sikap dan perangai anak² kadang kita tak boleh duga, terutamanya bila berada di luar rumah. Mungkin di rumah perangainya berbeza, mendengar kata dan duduk diam. Tapi bila di luar sikapnya berubah, ini mungkin kerana faktor persekitaran atau perasaan ingin tahu terhadap apa yang ada di luar rumah.
Macam kanak² seusia anak Mas si Airis, sikap dia bila berada di luar rumah memang berbeza sedikit. Dia akan lebih aktif dan tak mahu dipegang. Memang tak boleh lalai atau leka, nanti dia lagi laju dari kita. Dia memang pantang nampak eskalator, memang pantas dia lari ke arah eskalator tu. Pastu kalau pergi pasaraya dia memang suka lari², kadang nak kejar pun tak larat.
Biasanya Mas akan bawak stroller, tapi memang 10-15 minit je dia nak duduk dalam tu. Kadang letak dalam troli pun camtu, nanti dia pulak nak main tolak² troli. Bila dilarang nanti mulalah menangis menjerit². Huhhh penat mama dan babah dibuatnya.
Jadi nak bagi dia rasa seronok, boleh tengok sekeliling dan keselamatan dia lebih terjamin inilah caranya. Memang tugas ni husband je boleh lakukan, tak kan mama pulak. Hehehee, penat sikitlah tapi kita lebih rasa lega sebab kita tau anak selamat. Daripada dia berlari kesana kesini dan kita marah dia, lebih baik buat cara camni kan?
ihihih.. yela kak.. bebudak dapat berlari... memang tak ingat dunia dia...
BalasPadammacam2 cara kan ibu bapa lakukan
BalasPadamassalamualaikum mas...betul tu mmg kena berhati2 sbb skg ni mmg ada bermacam2 kes terjadi...:)
BalasPadamcara begini pun okay demi keselamatan anak anak :)
BalasPadam