Terkini dan Sensasi

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

10 Oktober 2015 telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Pada tarikh ini seluruh negara akan mengadakan hari sukan. Baik jabatan kerajaan, swasta, komuniti mahupun sekolah, semuanya mengadakan aktiviti sukan.


Aktiviti yang diadakan tak semestinya acara sukan di padang tetapi pelbagai aktiviti boleh diadakan. Janji kita bersukan! Di tempat kerja Mas mereka adakan aktiviti Gegar 10000 Langkah sempena Hari Sukan Negara. Ada aktiviti jalan kaki, aerobik, aerodance, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi. Di sekolah anak² pun ada juga aktiviti sukan dijalankan.

Bagi Mas bagus diadakan aktiviti sebegini setiap tahun. Sekurang²nya masyarakat tahu yang aktiviti sukan itu penting untuk amalkan cara hidup sihat. Takdelah asyik beriadah di rumah sambil menonton TV dan melayan gajet je. Pastu bila dah bosan makan dan tidur, camne nak sihat!

Mas terlibat dengan Hari Sukan Negara jugak, tapi sukan boling. Sebenarnya tak kisah sukan apa yang kita lakukan janji keluar peluh dan kita bersukan untuk kesihatan.

Selamat Hari Sukan Negara!

5 ulasan:

  1. company saya buat run and ride + banyak activity untuk kanak2

    BalasPadam
  2. kak mas cer cuba sukan jumpstreet tu...besttt sgt kak mas..rasa nak lompat sllu hihihi

    BalasPadam
  3. blogging pon sukan kan?

    eh? hahaha!

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...bersukan selalu badan sihat...:)

    BalasPadam
  5. Bagus ada hari sukan ni kan.menggalakan orang ramai lebih rajin bersukan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com