Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu : 4 hari sekolah tutup

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni sekolah tutup lagi. 4 hari berturut² akibat dek jerebu yang semakin teruk seolah² tiada tanda akan pulih.


Sesetengah anak² seronok bila tak sekolah sebab tak perlu bangun pagi. Tapi mak ayah yang bekerja pening sebab terpaksa fikir perancangan nak tinggal anak dengan siapa di rumah. Sampaikan ada yang terpaksa bawa anak ke pejabat kerana tiada siapa nak jagakan mereka. Kalau anak dah besar takpelah boleh tinggalkan sendirian. Ada ibu bapa terpaksa bercuti jugak sebab susah nak bawak anak² ke pejabat, nanti macam² hal pulak.

Peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya bermula Isnin lepas pun terpaksa ditangguhkan sehingga sekolah dibuka seperti sediakala. Kasihan jugak dekat anak² sebab mereka dah ulangkaji dan bersedia untuk periksa. Tapi tak mengapa, sekurangnya mereka ada masa lagi untuk gandakan ulangkaji. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan?

Harap minggu depan jerebu semakin pulih dan sekolah kembali dibuka. Bolehlah anak² duduki peperiksaan dengan tenang. Lagi pun tak lama lagi cuti sekolah. Habis periksa kalau nak tutup sekolah awal pun takpe, takdelah anak² terdedah dengan keadaan jerebu.

Memang sengsara kan dek jerebu ni. Moga cepatlah ia berlalu. Kita semua jagalah kesihatan diri dan anak², jangan dedahkan mereka dengan jerebu. Buat aktiviti kat rumah je. Pastu pantau sikit anak², jangan biarkan mereka main di luar rumah.

5 ulasan:

  1. Sian jugak dengan anak-anak yang dah ready nak exam akhir tahun... dugaan betul..
    moga dipermudahkan urusan kita semua dan sentiasa sihat hendaknya..

    Aamiin

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...betul tu mmg keadaan amat membimbangkan kita semua...nasib baik kat johor ni dah berkurangan...:)

    BalasPadam
  3. ida sok nk pakai baju sekolah leh dapat cuti jugak HAAHHAHHAHA

    BalasPadam
  4. ank diya start batuk2 pula kak..yg abg long tu..dh la ada asthma..tp ari ni pegi jg sbb tkt ada exam kan..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com