Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 27 Oktober 2015

Korban cemburu

Assalamualaikum...(^ ^)

George Town | Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan SPM minggu depan ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar dipercayai menggunakan pisau pemotong sayur di dalam bilik tidur rumah keluarganya di flat Bandar Baru Teluk Kumbar, Balik Pulau kelmarin. 

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 dijumpai dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya. Mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh oleh bekas teman lelakinya dek kerana cemburu. (petikan dari akhbar Kosmo)


Allahuakbar sedihlah bila baca berita sebegini, nak pulak yang menjadi mangsa tu adalah anak gadis yang masih bersekolah. Pasti hancur luluh hati ibu bapa bila anak yang disayangi dibunuh dengan kejam camni. Tak dapat nak tengok anaknya menduduki SPM dan beroleh kejayaan. 

Takutnya bila lihat kejadian begini berlaku, nak pulak bagi ibu bapa yang ada anak dara yang masih bersekolah. Pendedahan kepada bahaya dan manusia yang tidak berperikemanusiaan ni semakin berleluasa. Kalau tidak peka dan pantau keselamatan anak², yang ditakuti tu dikhuatiri berlaku. 

Pergaulan anak² dengan kawan² pun kena sentiasa pantau, kena tahu dengan siapa mereka berkawan. Mungkin anak² kita ada berkawan dengan orang yang luar selain kawan sekolah.

Mas menulis bukan nak salahkan sesiapa tetapi lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri yang kadang kita alpa sebagai ibu bapa. Dalam kita kawal dan pantau besar kemungkinan akan terjadi musibah kan? Bila dah terjadi memang ketentuan takdir, punca kejadiaan tu hanya musabab je.

5 ulasan:

  1. takutnya dengar kes kes pembunuhan kejam macam ni..disebabkan cinta, sanggup buat ape saje kan..nauzubillah

    BalasPadam
  2. Huhuhu... konon Malaysia masih aman... tapi tgk la sendiri...

    BalasPadam
  3. Ya Allah...kes mcm ni lah rasa sayu sgt dihati...mudah ambil keputusan tak logik...buat salah mcm mana sekali pun Allah maha pengampun.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com