Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 19 Oktober 2015

Korban Lebuhraya Pantai Timur 2

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih rasa hati bila baca kisah kemalangan di lebuhraya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita di dada akhbar pasal kemalangan. Yang paling hangat sekarang tragedi kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2. 75 orang dah terkorban sejak lebuhraya ni dibuka 2 bulan lepas. 


5 hari lepas 6 sekeluarga menjadi korban di LPT2 apabila kereta yang dipandu merempuh penghadang jalan. Semuanya terbunuh serta merta di lokasi kejadian, memang sangat menyayat hati. Semalam 2 nyawa lagi menjadi korban di LPT2. Kereta yang dipandu mangsa jugak merempuh penghadang jalan apabila gagal dikawal. Takziah kepada kedua² keluarga ni.

Melalui lebuhraya ni memang berisiko dan berbahaya terutamanya waktu malam atau hari hujan. Mas kalau balik kampung memang lalu Lebuhraya Pantai Timur tapi LPT1. Memang keadaan jalannya agak kurang memuaskan. Kalau memandu terlalu laju kereta boleh tersasar dari laluan kerana jalan yang agak beralun. Pastu selalu berlaku angin lintang, jadi kena lebih berhati² kalau memandu. 

Ada setengah orang kaitkan dengan laluan keras kalau di lebuhraya ni. Mungkin ada benarnya atau mungkin tidak. Tapi pokok pangkalnya pada kita, kalau nak memandu di lebuhraya terutama waktu malam kena lebih peka, lebih berhati² dan kena cukup rehat. Macam Mas kalau nak balik ke Temerloh atau Kuantan memang elakkan balik waktu malam. 

Memang kita boleh kata dah ajal mereka nak meninggal kerana kemalangan jalanraya tapi apa pun kita kena lebih beringat. Yang penting berhati² dan jaga keselamatan kita bila memandu!

4 ulasan:

  1. takut tengok kemalangan ngeri ni..semoga kita berada di dalam lindungan Allah. Aaamiinn

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...al-fatihah buat yg terkorban..

    BalasPadam
  3. moga moga kita dan keluarga dilindungi kan kak mas..seramnya..biarlah kita pergi dalam keadaan lain..aminn

    BalasPadam
  4. semoga kita berada di dalam lindungan Allah. Aaamiin

    jom join ramai2, mana tau ada rezeki :) ; Contest @ Giveaway bernilai RM 1,000!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com