Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 7 Oktober 2015

Latihan bersama ibu Shalin Zulkifli

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas puji inisiatif SK Cyberjaya untuk lahirkan pemain boling yang bagus. Sekurang²nya bakat murid² boleh digilap dan mampu harumkan nama sekolah. Lagi pun tak rugi menaja sesi latihan sebegini. 

Setiap Sabtu ada sesi latihan boling bersama ibu Shalin Zulkifli. Latihan biasanya 1-2 jam. Sapa tak kenal Shalin kan, pemain boling negara. Idola Mas tu, belum dapat jumpa dia depan² sebab biasanya ibu dia yang akan turun. Kalau jumpa nak selfie puas² dah mintak tandatangan kat bola, hehehee!


Banyak ilmu tentang boling Mas pelajari dari sesi latihan ni. Bukan anak² je belajar, mama pun tumpang sekaki. Nama je main boling tapi banyak teknik dan cara yang salah. Sebab tu kadang susah dapat strike dan spare. Pastu teknik balingan dan cara pegang bola kena betul sebab membantu kita mendapat strike. Siap ada nota dan ujian lagi untuk anak supaya ingat teknik yang diajar.

Sejak ikuti sesi latihan, corak permainan Atikah semakin mantap. Dah boleh kejar average 120 ke atas. Nak ambik spare dah pandai. Bagus, satu peningkatan yang memberangsangkan. Arfan baru minggu lepas sertai latihan selepas cikgu suruh. Mas galakkan, mana tau dia jadi hebat macam kakaknya. 



Sudahnya dua² dah terjebak main boling. Takpelah, untung² ada rezeki dua² jadi pemain boling negara. Mama tumpang bangga!

6 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...wah mmg terbaik la...;)

    BalasPadam
  2. bestnya kak mas...haikal minat sgt main bowling...

    BalasPadam
  3. bagusnya..makin semangatlah dorang main bowling kan

    BalasPadam
  4. bagusnya..kecik2 la kena latih..klu dh mcm saya ni tgn dh keras hahahaha..all the best utk anak kak mas

    BalasPadam
  5. All the best utk anak Mas ye..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com