Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 28 Oktober 2015

Review filem Jwanita

Assalamualaikum...(^ ^)

Suka lakonan Maya Karin sebab itu teringin sangat nak tengok filem ni. Tetapi disebabkan klasifikasi 18 tahun ke atas maka niat nak menonton di pawagam kenalah dibatalkan. Bila cerita ni ada di Astro First terus langgan, puashati dapat tengok lakonan Maya.


Sinopsis Jwanita
Mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya. Dia sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam. Hidup Jwanita kembali ceria apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya mengahwini Julaika iaitu adik kandungnya sendiri. Semasa perkahwinan Farhan dan Julaika dia menghilangkan diri namun muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza. Tetapi disebalik perwatakan baik itu ada dendam yang ingin dibalas! 


Review Jwanita
Filem ini berjaya dengan adanya Maya Karin. Lakonan beliau memang tidak menghampakan, dia berjaya menjadi wanita psiko yang penuh dengan dendam durjana. Plot dan jalan cerita mudah difahami dan menarik dari mula hingga akhir. Adegan dan babak yang mendebarkan mampu membuatkan Mas tak senang duduk. Memang menjerit dan terkejutlah bila nampak rupa hantu yang mengerikan tu. 

Memang filem ini tidak menghampakan. Ia bukan hanya filem psiko tetapi ada unsur seram, kasih sayang dan sedih diselitkan. 8 bintang untuk Jwanita sebab Mas boleh menonton tanpa rasa jemu selama 2 hari di Astro First. Ulang berkali² tengok pun tetap mendebarkan!

5 ulasan:

  1. hehehe..
    tgh pk 2x nak langgan ke x..
    tgk iklan mcm best jer.
    lagipun dh lama x layan cter seram.
    kalau dh 8 bintang boleh ler langgan :)
    thanx for review.

    BalasPadam
  2. sy tgk cete ni 20min je.. stress sbb tgk darah byk takuttt

    BalasPadam
  3. nak tgk citer ni kak mas tp ada anak kecik Qi tu takut dia plak seram tgk huhuhu kena beli Cd tgk kt opis lah gini...best akak review rasa nak tgk sekarang hehehe

    BalasPadam
  4. macam takut je nak tengok..huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com