Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 4 Oktober 2015

Sekolah tutup akibat jerebu

Assalamualaikum...(^ ^)

4 Oktober 2015 | Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak ditutup selama 2 hari mulai 5 Oktober hingga 6 Oktober 2015. Ini berikutan indeks pencemaran udara di hampir semua negeri mencatat bacaan sangat tidak sihat. Sekolah² terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. 

Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon² akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu. (Menteri Pendidikan)

Memang patut pun tutup kan? Seeloknya seminggu terus. Bukan apa, nak keluar rumah pun tak sanggup, sesak nafas bau asap. Anak² pun dah mengadu sakit tekak, mata pedih dan selsema. Anak² yang ambil periksa terpaksalah teruskan jugak peperiksaan, kalau tunda nanti jadi stress pulak. Jadi kena lebih jaga kesihatan!

Tapi kita yang bekerja kena redhalah pergi kerja jugak, jangan harap nak dapat cuti. Jadi kena pandai jaga kesihatan, elakkan aktiviti di luar dan kena minum banyak air masak. Kalau nak keluar kena pakai topeng muka.

Keadaan jerebu di Shah Alam, teruk sangat! IPU dah cecah 300 lebih.

 sumber gambar dari Berita Harian


Ini gambar di Cyberjaya yang Mas ambil semalam, pedih mata tengok!





3 ulasan:

  1. Betul kak...pedih mata dah ni

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...mmg pedih mata n sesak nafas dibuatnya...alhamdullilah baru hari ni nampak cahaya matahari semula...:)

    BalasPadam
  3. sesak nafas,sakit tekak dan pedih mata dibuatnya bila musim jerebu ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com