Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 Oktober 2015

Senaman di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita selalu bagi alasan tak boleh bersenam sebab takde masa nak pergi gym. Pastu takde peralatan atau tunjuk ajar dari sesiapa. Jadi kita simpan niat dan lemak² kat badan dek kerana pelbagai alasan.

Senaman di rumah
Tapi jangan lupa kita boleh bersenam di rumah. 30 minit atau 1 jam sehari dah memadai, janji keluar peluh. Tak perlu peralatan yang canggih macam kat gym dan jurulatih yang professional. Cuma kena rajin dan konsisten pasti kita boleh buat dan amalkan gaya hidup sihat.


Macam Mas memang akan buat senaman di rumah sebab nak ke gym setiap hari memang tak sempat. Kalau ada masa terluang tu pergilah jugak seminggu sekali. Tapi senaman di rumah lebih mudah, tak perlu nak malu kat sesiapa. Hanya berbekalkan dumbell, tali skipping dan video senaman di Youtube, dah boleh berpeluh!

Mas biasanya ikut video kat Youtube, macam² cara senaman yang boleh dijadikan panduan. Tak perlu tunjuk ajar dari sesiapa, hanya buat ikut kemampuan. Kalau tak mampu jangan paksa diri. Senaman yang biasa Mas buat seperti Cardio, Taebo Cardio, Tabata Workout, Zumba dan pelbagai lagi.

Jadi lepas ni jangan bagi alasan takde masa ye, di rumah pun boleh bersenam. Kalau malas yang banyak tak dapat nak tolonglah.

Nah satu video Tabata Workout yang mudah untuk diikut, jom aktif sihat!


4 ulasan:

  1. nama 'Workout'

    tapi indoor...
    huh?

    BalasPadam
  2. Sekarang ni bukannya susah nak excercise..kat youtube pon dah ada banyak guide..nak dgn tak nak jer..kan!

    BalasPadam
  3. kat youtube banyak video workout yang simple..cuma rajin tak rajin je la kan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com