Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 3 Oktober 2015

Supplemen saya

Assalamualaikum...(^ ^)

Wanita memang tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sentiasa nak nampak cantik, anggun dan berseri. Untuk itu pasti semua wanita akan ada supplemen untuk kesihatan dan kecantikkan diri. Mas pun sama, nak nampak cantik. Bukan sahaja cantik luaran tapi cantik dalaman jugak. Jadi Mas ambil supplemen yang boleh berkesan untuk kedua²nya. Cantik dan sihat, pakej tu!

Ephyra dan Virgin Coconut Oil (VCO)
Inilah 2 supplemen yang Mas ambik setiap hari. Memang Mas dah jatuh cinta dengan kedua² produk ni, sangat bagus! 


Bagi Ephyra, Mas baru minum selama 7 bulan dan kesannya memang Mas sangat puashati. Minum setiap pagi akan beri tenaga kepada Mas sepanjang hari. Kesannya kulit jadi halus dan cantik, badan rasa bertenaga serta sesuai untuk Mas yang berdiet ni. 

Bagi VCO pulak Mas dah amalkan selama 5 tahun. Memang sangat² berpuashati dengan khasiatnya. Dulu Mas ada migrain yang teruk, tapi bila amalkan makan VCO sekarang dah takde masalah migrain. Masa mengandung dan menyusukan Airis dulu, VCO adalah selusuh dan milk booster yang terbaik!


Cara pengambilan Mas untuk kedua² produk ni ialah:
Ephyra : Sekali sehari, minum setiap pagi sebelum sarapan.
VCO : 2 kali sehari, sebiji pagi dan sebiji malam

Alhamdulillah, Mas kekal cantik dan sihat dengan supplemen kesayangan ni.

2 ulasan:

  1. VCO boleh jugak letak kat rambut untuk rambut yang sihat =)

    BalasPadam
  2. dua² produk bagus tapi takleh amek sekali dalam masa yang sama kan takut dikhuatiri kurang berkesan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com