Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Oktober 2015

Tempat impian anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² bila dah besar memang ada tempat impian yang mereka nak pergi. Kalau dedulu masa kecik ikut je ke mana kita bawak, tak membantah pun. Bila dah dewasa pandailah mintak. Setiap masa dok bodek mama dan babahnya.

Mas bukan tak nak tunaikan impian mereka tapi tunggu ada rezeki lebih, Mas tetap akan bawak. Buat masa sekarang masih belum ada rezeki dan bajet. Anak dah 3 orang, jadi kena fikir kos yang perlu ditanggung. Lagilah sekarang taraf hidup semakin tinggi, jadi bila nak berbelanja tu kena fikir 10 kali.

Inilah tempat impian yang mereka nak pergi sangat. 


Legoland Malaysia
Memang seronok kalau dapat bawak anak² ke tempat ni, memang syurga bagi mereka. Dapat cuba pelbagai permainan dan bersukaria di taman tema air. Pastu anak² boleh cuba permainan lego yang disediakan. Mas pun teruja bila tengok gambar tempat² menarik di sana, inikan pulak anak² kan?

KidZania Malaysia
Haaa ini lagilah mereka teruja nak pergi. Mana taknya mereka boleh rasai sendiri pengalaman alam pekerjaan. Boleh jadi bomba, polis, doktor, juruterbang dan pelbagai lagi. Memang bagus untuk pembelajaran anak² Mana tau dari situ mereka boleh tahu apa kerjaya yang sesuai dengan mereka.


Sedih jugak bila kenangkan tak dapat lagi nak tunaikan impian anak². Moga ada rezeki Mas untuk bawak mereka ke tempat impian ni. Doakan mama sentiasa murah rezeki ye anak²!

4 ulasan:

  1. Eh..sama la,anak2 Kak Sue pun nak gi LegoLand..semoga ada rezeki kita nak bawak anak2 kita ke sana ye Mas..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...in sha Allah ada rezeki anak2 nanti...:)

    BalasPadam
  3. moga ada rezeki mereka jejak kaki kat tempat impian mereka ni

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...mama nak tanya mas nak x tiket murah ke legoland...?kalau nak mas pm la mama nanti yer...mana tahu mas nak bawa anak2 masa musim cuti sekolah nanti...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com