Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 November 2015

Gegar Vaganza 2 : Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Corat coret mengenai program Gegar Vaganza 2 yang telah masuk minggu ketiga. Suka rancangan ni sebab ia menampilkan penyanyi² lama dan otai yang masih mantap menyengat.


Bagi yang menyaksikan Konsert Minggu Ketiga Gegar Vaganza 2 semalam pasti dah tau peserta mana yang disingkirkan. 2 orang sekaligus disingkirkan iaitu Zul Handy Black dan Ezlynn. Tau dah permainan program sebegini, 2 minggu berturut² tiada penyikiran sekali minggu ketiga 2 terus disingkirkan. Tapi dah adat pertandingan, pasti ada menang ada kalah. Terkilan jugak Zul tersingkir awal sebab dia antara peserta kegemaran Mas. Mungkin pemilihan lagu yang dia dapat membuatkan persembahan dia kurang menyengat! 

Persembahan yang paling menyengat semalam mengikut pilihan Mas adalah Azian Mazwan Safuan. Walaupun dah lama tak menyanyi tapi dia berjaya membawa lagu Tak Ada Logika dengan bagus sekali. Sangat menghiburkan dan penuh bertenaga. Siapa sangka wanita dah berumur dan kecik molek boleh bagi persembahan yang kebabom gitu! Persembahan Haiza pun tak kurang hebatnya, dia berjaya menyampaikan dengan baik lagu Istilah Bercinta dengan gaya yang tersendiri. 


10 orang peserta akan mara ke minggu keempat, tahniah buat mereka. Konsert minggu depan mereka bakal berduet bersama rakan² artis dengan tema Berdua Lebih Baik. Inilah lagu² yang bakal mereka nyanyikan, semuanya best.

Acong Sweetchild & Misha Omar | Baldu Biru (Ella & Awie)
Amir Ukays & Haleeda | Mendung Tak Bererti Hujan (Ella & Deddy Dores)
Azian Mazwan Safuan & Jaclyn Victor | Cinta (Misha Omar & Jaclyn Victor)
Ezad Lazim & Adira | Rahsia Disebalik Rahsia (Metropolitan)
Faradhiya & Alif Sattar | Aku dan Dirimu  (Ari Lasso)
Haiza & Ronnie | Bintang Kehidupan (Yanti & Ronnie)
Nassier Wahab & Rohana Jalil | Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (Broery & Dewi Yull)
Nizam Laksamana & Nurul Wahab | Kita Insan Biasa (Jay Jay & Dayangku Intan)
Siti Nordiana & Lan (Kristal) | Memori Berkasih (Siti Nordiana & Achik Spin)
Sheeda & Aweera | Tiada Lagi (Mayang Sari)

Pasti hebat persembahan duet minggu depan, tak sabar nak tonton!

5 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...memang mengegarkan la...semuanya best tapi Nasser Wahab tetap maintain jer..:)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...semua peserta mmg mantap2kan...akak suka suara Nasser Wahab mmg maintain jer..:)

    BalasPadam
  3. tak sabar nak tunggu konsert minggu ketiga! tapi tak best betul Zul terkeluar..

    BalasPadam
  4. kite ingat kan masa nii sheeda dangdut yg akan keluarrr wuuuu

    BalasPadam
  5. best tengok..plus, pengacara best!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com