Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 November 2015

Mata pelajaran makin mencabar

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengoklah mata pelajaran anak² kita sekarang, tahun 4 dah belajar Sejarah dan Teknologi Maklumat. Makin mencabar kan? 


Kalau Mas dulu tingkatan 1 baru kenal apa itu mata pelajaran Sejarah. Itu pun terkial² belajar, asyik dapat C je. Nak buat camne memang tak minat subjek yang kena menghafal fakta. Pastu celik IT pulak bila dah masuk universiti. Masa tu barulah tahu camne nak on komputer, memang buta IT betul!

Tapi zaman sekarang anak² beruntung, dah dapat belajar semua ni. Bagi Mas memang perlu rasanya sebab zaman dah makin mencabar dan serba moden. Golongan cerdik pandai pun dah makin ramai, jadi persaingan di sekolah pun makin tinggi. Sebab itulah anak² sekarang kena lebih moden pemikiran mereka, kena belajar seperti tahap sekolah menengah walaupun baru sekolah rendah.

Kita sebagai ibu bapa pun kena bersedia hadapi cabaran ni. Kena bersekolah semula seperti anak², kena ingat semula apa yang dipelajari dulu. Almaklumlah kat rumah kitalah cikgu mereka, jadi mesti kena peka. Tak boleh serah pada cikgu di sekolah je.

Mula cuti sekolah nanti mamanya kena belajar Sejarah semula, banyak dah lupa.. Hehehee!

5 ulasan:

  1. wahh..baru tau...makin advance dah skang ye

    BalasPadam
  2. rajin lah kak mas nak tolong belajar balik subjek ni semua utk anak...terbaiklah...julia kalau dengar sejarah maunyaaaaaaaa ketiduran huhuhu kalau sebut matematik cerah mata hehehe

    BalasPadam
  3. Kadang rasa stress juga bila tgk subjek sekolah skarang, sbb diri sendiri tak pandai nak ajar anak anak. Mak bapak pun kena sama naik ulangkaji ngan anak anak kan hehe

    BalasPadam
  4. tahu takpe kak..mungkin upgrade ikut zaman.

    BalasPadam
  5. Huhu sekarang ni mmg mencabar..anak tahun dua tahun 3 dan ada KBAT..kita pula yg kecut perut kan Mas..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com