terkini dan sensasi

Selasa, 3 November 2015

Tebus mata ganjaran Astro Circle

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejujurnya memang Mas tak tahu apa sebenar fungsi mata ganjaran Astro Circle. Selama ni asyik dok tengok je mata tu tapi tak tahu apa nak buat. Siap berangan yang mata tu boleh tukar dengan duit tunai lagi, hahahaa!

Bila dapat emel dari Astro baru tau mata ganjaran tu boleh ditebus. Senang dan mudah je caranya.


Mula² kena daftar secara online di www.astro.com.my/astrocircle. Bila dah ada username dan password bolehlah layari website tersebut. Pastu semak dulu berapa jumlah mata ganjaran yang terkumpul. Kalau banyak baru boleh tebus tapi kalau ada 50 mata je kumpullah dulu. 


Bila dah semak mata ganjaran baru kita boleh pilih kategori apa yang nak ditebus menggunakan mata ganjaran. Ada lebih kurang 12 kategori yang boleh dipilih, semuanya menarik. Nak dapatkan rebat untuk bil pun boleh, hanya serendah 300 mata bagi rebat RM5 dan 600 mata untuk rebat RM10. 


Macam Mas biasanya tebus untuk tengok filem terkini di Astro Best dan Astro First. Caranya hanya pilih kategori Astro Best dan akan disenaraikan filem terkini dan jumlah mata yang diperlukan untuk satu filem tu. Bila dah pilih dan puashati klik butang redeem now. Ikut langkah seterusnya dan bila dah berjaya tebus, Astro akan hantar pesanan SMS. Jadi bolehlah tengok filem pilihan tu! 

Memang seronok dapat tebus mata ganjaran Astro Circle ni, jimat sikit duit nak langgan filem terkini. Mata ganjaran Mas ada 1000 lebih lagi, hujung minggu ni bolehlah langgan filem lagi.

7 ulasan:

  1. thanks share!rasanya dah banyak point, nanti nak tebus..

    BalasPadam
  2. Wah good sharing Mas..akak pun nak tebus jugak lah..

    BalasPadam
  3. saya baru tau ada point tu kak mas huhuhu..untung la kan camni..leh tengok yg lain pulak..

    BalasPadam
  4. selalu redeem movies baru kat panggung... hehehhe dah 3x dah dpt reedem citer movies baru.. pernah tukar remote jugak.. ngeee

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...yer la..mama pun x tahu fungsi mata ganjaran tu mulanya...anak dok ckp tapi x pernah tengok bil...bila tengok bil rupa2nya byk juga mata ganjaran yg ada...hampir cecah 4000 mata ganjaran...pasni bolehlah tebus mata ganjaran tu...:)

    BalasPadam
  6. seronoklah dapat tebus point kalau banyak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com