Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 4 November 2015

Tugas mengerikan

Assalamualaikum...(^ ^)

Tugas husband sebagai seorang anggota bomba kadang tak diduga. Ada masa tugasnya biasa je, padam kebakaran dan khidmat masyarakat. Ada masa kes kebakaran besar yang makan masa berhari² untuk dipadamkan. Ada pulak kes api gambut yang memerlukan kesabaran menghadapi bahang panas dan asap. 


Tapi yang paling mencabar bila berhadapan dengan tugas yang mengerikan seperti kemalangan. Nak uruskan mayat manusia yang terlibat dengan kemalangan ngeri adalah yang paling mencabar, perlu kuat semangat. Bukan semua orang boleh tengok mayat yang ngeri tu, walaupun dia ahli bomba. Husband cerita ada jugak rakan sepasukan dia yang agak tak berani. 

Macam husband dia pun kadang² ada rasa camtu tapi kerana tuntutan tugas dia kena laksanakan. Niat dan tawakal kerana Allah serta nak penuhi tuntutan tugas yang diamanahkan. Pernah sekali dia uruskan mayat orang mati bunuh diri di bangunan tinggal. Sebelum uruskan mayat tu memang dah selawat dan niat nak laksanakan tugas hingga selesai. Tapi bila balik ada jugak sesuatu yang menganggu anak kami, jadi terpaksa jumpa ustaz. 


Macam hari Isnin baru ni husband uruskan kes kemalangan di sebuah kilang. Seorang pekerja jatuh dalam mesin pengisar, habis hancur mayatnya dari kepala hingga ke pinggang. Jadi kena keluarkan mayat dan bersihkan serpihan daging semua. Balik rumah memang berlumuran darah kat baju, ngeri Mas tengok. Huhuhuu!

Kadang Mas tanya macam mana dia hadapi tugas sebegini. Dia cakap buat biasa je, dah tanggungjawab jadi kenalah laksanakan. Yang penting niat nak cari rezeki, pasti dipermudahkan!

6 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...betul tu yg penting niat utk mencari rezeki yg halal....kalau difikir2kan mmg mengerikan tugas2 ahli bomba ni..

    BalasPadam
  2. kak sy paling respect bomba..banyak kot tugas yg dia kena buat..respect

    BalasPadam
  3. ngerinya..bomba mmg terbaik..semua dia boleh buat..selamatkan kucing pun boleh kan

    BalasPadam
  4. Biasa akhir tahun ada bencana banjir. Pasukan bomba lah yang bertanggungjawab untuk S&R.

    Apa pun doakan mudah²an cuaca baik san banjir tak seteruk seperti dulu².

    BalasPadam
  5. kena kuat semangat nak menguruskan kerja yang mencabar..tapi kalau kita niat kita baik. InshaAllah tugasan kita dipermudahkan :)

    BalasPadam
  6. Kalau nak masuk dlm bidang ni..HATI JIWA KENA KENTAL laa kan Mas..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com