Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 Disember 2015

2 kerja untuk sara keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum pak menteri tu cakap kena buat 2-3 kerja dalam satu masa memang kami dah sara keluarga dengan cara camtu. Dari anak kecik lagi. Nak harapkan gaji yang dapat tiap² bulan walaupun laki bini bekerja tapi tetap tak cukup. Tau kan taraf hidup sekarang makin mendesak, semua duit duit duit!

Pak menteri memang boleh cakap je sebab walaupun dia kononnya buat 2-3 kerja tapi gaji ribu riban. Kita ni yang golongan pertengahan, walaupun laki bini kerja dapat RM5k sebulan tetap perlu pendapatan sampingan. Sebab yang bersih bukannya RM5k setelah ditolak belanja bulanan. Mungkin tinggal RM1k je untuk belanja sampai cukup bulan!


Macam Mas syukur sebab husband ada kemahiran, jadi gunakannya untuk sara hidup. Alhamdulillah part time mekanik, buat grill dan jual barang spare part kereta dia banyak membantu. Boleh sara anak bini dan tak pernah lagi mengemis sana sini walau duit ada RM10 je dalam poket. Mas cuma bantu sebagai part time blogger je, itupun kalau ada rezeki!

Tapi kami syukur walau sibuk cari rezeki, anak² tak terabai. Tetap ada masa untuk mereka. Kerja part time bila perlukan duit sangat baru usaha buat. Lagilah part time macam husband Mas, ada pelanggan baru ada duit. Jadi kalau takde, bersyukur dengan rezeki yang ada. Sekurang²nya ada kerja tetap!

4 ulasan:

  1. saya faham kak....ini yang saya nampak bila dah besar...rupanya orang tua saya banyak kerja sebab kami 7 beradik..saya mesti kerja kuat sebab orang tua dah sakit2 badan kerja dari waktu kami kecil lagi..

    BalasPadam
  2. skang ni memang perlu buat kerja part time..kemahiran sesuatu yang berharga.

    BalasPadam
  3. pak menteri cakap je...depa hidup dgn gaji + elaun + mcm mcm kemudahan lagi. cuba suruh siang jadi menteri pastu mlm mlm juai burger, mau ka?

    BalasPadam
  4. apa2 pun kita positifkan minda, zaman skrg siapa ada kemahiran, blh buat duit, bukan maksudnya mata duitan, tp realitinya setiap perkara di dunia perlukan duit. Pak menteri mana nk rasa, diaorg semua dpt free..."kot"

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com