Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 Disember 2015

Bila banjir kembali melanda

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila tengok gambar ni memang automatik akan ingat kembali kenangan pahit banjir teruk tahun 2014. Pengalaman 2 minggu menjadi mangsa banjir dan terperangkap tanpa dapat kemana² sangat sukar dilupakan. Kalau balik kampung memang ada lagi kesan peninggalan banjir di keliling rumah.

Yang paling sedihnya walaupun dah hampir setahun banjir berlalu, sampai sekarang kami tidak menerima apa² duit bantuan banjir. Bukanlah harapkan duit bantuan tapi sekurangnya dapat jugak jadikan modal untuk baiki bahagian rumah yang rosak dan beli peralatan rumah yang musnah. Tapi nasib baik jugak ada sukarelawan yang banyak memberi bantuan barangan, dapatlah sedikit sebanyak gantikan barang yang rosak.


Sekarang banjir dah kembali melanda di beberapa negeri termasuklah Pahang. Bila dah sampai ke Pahang mulalah hati gundah gulana, risau sangat banjir teruk kembali melanda. Nak balik kampung tengok rumah pun masih belum sempat sebab husband tak dapat cuti. Hanya berdoa semoga tahun ni tiada berlaku banjir buruk seperti tahun lepas. Tapi apa pun kena jugak bersedia sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku kan, semuanya kuasa Allah.

Harapan Mas, moga tahun ni tiadalah kes duit bantuan banjir tak diterima seperti yang keluarga kami alami. Pihak berwajib kena lebih peka dan prihatin! Bukan setakat bantu semasa banjir tetapi selepas banjir lagilah mangsa perlukan bantuan.

3 ulasan:

  1. teringat kejadian banjir tahun lepas moga tidak berulang lagi..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...sedih kn bila tengok mangsa2 banjir...:)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...semoga mereka2 yg berada di kawasan banjir berhati2 yer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com