Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 14 Disember 2015

Gegar Vaganza 2 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)


Berakhir sudah Gegar Vaganza 2 dengan menyaksikan Siti Nordiana dinobatkan sebagai Juara. Walaupun dia bukan pilihan Mas sebagai juara tapi juri telah buat keputusan. Tahniah kepada Siti Nordiana, bukan sahaja bergelar juara tetapi dipilih memenangi persembahan terbaik oleh penonton. Ramai peminat dia, jadi seharusnyalah menang! Kalau ikut Mas, Ezad lagi layak menang persembahan terbaik sebab vokal dan persembahan dia lagi mantap. 

Sebelum Mas senaraikan keputusan penuh Final GV2, Mas nak ulas sikit dari sudut pandangan sendiri. Keputusan semalam agak tidak memuaskan hati kerana peserta yang layak bergelar juara tidak menjadi juara. Peserta yang sepatutnya top 3 pun tidak dapat yang sepatutnya.

Kalau ikut pilihan Mas dan tengokkan persembahan semalam Ezad layak jadi juara, tapi nasib tak menyebelahi dia. Juri lebih nampak kehebatan Siti Nordiana kerana tidak dinafikan dia dapat menyampaikan lagu Putus Terpaksa dengan baik. Jadi Mas akui dia layak! Cuma kurang puashati apabila Haiza hanya dapat tempat ke-6. Patutnya dia layak berada di top 3 kerana vokal dan persembahannya lagi mantap. 


Itulah pendapat Mas, tapi apa pun kena terima keputusan juri kan? Berikut keputusan penuh Final Gegar Vaganza 2.

Juara | Siti Nordiana
Naib Juara | Faradhiya
Tempat Ketiga | Ezad Lazim
Tempat Keempat | Nassier Wahab
Tempat Kelima | Acong SweetChild
Tempat Keenam | Haiza
Persembahan Terbaik | Siti Nordiana

Jumpa di Gegar Vaganza 3 tahun depan!

4 ulasan:

  1. Tahniah kepada pemenang, walaupun ju jarang tengok tv tapi dapat rasakan pertandingan ini sure meriah...sebab ramai artis dalam ni yang julia minat mcm Ezad dan nassier.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas..tahniah buat mereka yg berjaya...:)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...tahniah2 buat nana,farahdhiya dan ezad...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com