Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 Disember 2015

Gegar Vaganza 2 : Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2 menyaksikan 6 peserta layak ke pusingan akhir apabila Azian Mazwan Safuan tersingkir. Memang nasib tidak menyebelahi Azian walaupun persembahannya baik malam tadi. Kalau ikut pilihan Mas, Siti Nordiana sepatutnya tersingkir sebab bagi Mas dia tidak memberikan persembahan yang bagus semalam. Lagu Mengapa yang dinyanyikan kurang menyengat. Tapi dah rezeki dia, tak boleh nak kata apa. Juri lebih berhak buat keputusan. 

Persembahan terbaik pilihan Mas malam tadi milik Acong Sweetchild. Memang berbaloi dia diberi imuniti. Peluang itu digunakan sebaiknya oleh dia dengan memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga. Memang Acong ada peluang dan layak bergelar Juara!

gambar dari Astro Awani


Di konsert akhir nanti semua 6 peserta bakal berdepan 2 tugasan iaitu nyanyian solo dan battle. Tentu sengit kan kerana semuanya pasti berusaha berikan persembahan terbaik untuk merebut gelaran Juara GV2. Inilah pilihan lagu tugasan pada minggu akhir nanti.

Lagu Tugasan Pertama (Solo)
Siti Nordiana | Putus Terpaksa (Ziana Zain)
Nassier Wahab | Gelombang Cinta (Heavy Machine)
Ezad Lazim | Nur Nilamsari (Awie)
Acong Sweetchild | Seruan (Lefthanded)
Haiza | Puisi Cinta ( Illusi)
Faradhiya | Janji Manismu (Aishah)

Lagu Tugasan Kedua (Battle)
Siti Nordiana vs ? | Awak Kat Mane (Taufik Batisah)
Faradhiya vs ? | Ooh! La La (KRU)
Ezad Lazim vs ? | Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)

Siapa yang bakal battle dengan mereka kena saksikan Konsert Akhir nanti!

2 ulasan:

  1. terbaik la otai masih berbisa

    BalasPadam
  2. Semalam tengok juga Gegar Vaganza...tp tak bagi penumpuan sangat hehehe...suka Ezad, suara pun sedap

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com