Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 8 Disember 2015

Program Positive Parenting @ Kidzania

Assalamualaikum...(^ ^)

Ahad lepas Mas berpeluang mengikuti Program Positive Parenting yang diasaskan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Sebenarnya pertama kali Mas tahu pasal program ni, memang ia sangat bermanfaat sebagai panduan kepada ibu bapa dalam membesarkan anak. 


Bermula sejak tahun 2000, program ini menawarkan nasihat dan bimbingan oleh pakar² penjaga kesihatan daripada pelbagai persatuan profesional dalam bidang kesihatan kanak², perkembangan dan pemakanan, isu remaja dan kesejahteraan keluarga. Aktiviti² utama Positive Parenting ialah: 

1. Penerbitan Buku Panduan Pengasuhan Positif
3. Facebook Positive Parenting
4. Penerbitan artikel pendidikan
5. Ceramah dan seminar


Pelancaran Positive Parenting-Kidzania "Child & Family Development"
Pada 5 dan 6 Disember 2015, Positive Parenting telah mengadakan forum dan seminar berkaitan pengasuhan positif dan majlis pelancaran kerjasama antara Positive Parenting dan Kidzania Kuala Lumpur. Memang satu kerjasama yang bagus kerana Kidzania menawarkan pembelajaran mengenai kerjaya dalam bidang pekerjaan sebenar.


Jadi dari program ini ibu bapa bukan sahaja dapat ilmu tapi dapat meluangkan masa bersama anak² meneroka pengalaman sebenar alam pekerjaan. Mas pun rasa bertuah dapat peluang kerana memang impian anak² nak ke Kidzania. Seronok tengok mereka gembira menimba pengalaman dan belajar di sini. Nanti Mas kongsikan keseronokkan mereka menerokai alam pekerjaan di Kidzania! 

Gambar sekitar Program Positive Parenting @ Kidzania.






2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com