Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 2 Disember 2015

Sarapan diet yang ringkas

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak bermula misi kurus dari awal Januari, Mas memang sangat menjaga makan. Risau wooo berat naik semula sebab bukan senang nak kurangkan berbelas² kg tu. Ada jugak sahabat yang bertanya tak rasa susah ke nak jaga makan sebab macam² makanan yang sedap² tak boleh dimakan. Susah memang susah kalau kita tak kentalkan diri dan kuatkan semangat. Apa pun akan jadi mudah kalau kita terus mencuba.

Jadi untuk kekalkan momentum penjagaan makanan tu kenalah rajinkan diri sediakan sarapan diet dari rumah. Bukan perlu sarapan yang terlalu rumit, ringkas dan mudah disediakan pun dah memadai. Janji perut kenyang dan yang paling penting sihat!


Ini sarapan yang biasa Mas sediakan. 2 keping roti gandum, scramble egg dan baby tomato. Senang, mudah dan cepat disediakan, 5 minit dah siap. Hanya grill dalam kuali ajaib dengan unsalted butter dan letak sedikit lada hitam. Memang sihat dan berkhasiat sebab Mas tak gunakan garam dan minyak. Kenyang sampai ke waktu makan tengahari.

Jadi tiada alasan kalau nak berdiet sebab kita boleh sediakan sarapan diet yang ringkas dari rumah. Kecualilah kalau malas, memang tak dapat nak bantu!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com