mrs secretary

Selasa, 31 Mac 2015

GST oh GST

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok bermulalah GST seperti yang diwar²kan oleh Kerajaan. Bersediakah kita untuk menghadapinya?

Bagi Mas bersedia atau tidak, nak atau tak nak memang kita kena hadapi jugak. Kemungkinan besar dan kebarangkalian harga barang akan naik tu memang betul. Tapi tidak semua harga barang akan naik, ada yang akan kekal harganya.


Mas tak akan mengulas panjang sebab Mas pun tidak berapa arif sangat tentang GST. Mas pun masih menceduk ilmu, masih membaca dan memahami tentang GST ni. Jadi kita janganlah buat pelbagai andaian kalau kita tak arif tentangnya, lebih baik kita baca dan fahami dulu kan?

Bukanlah Mas nak menyokong, rasa terbeban tu tetap ada jika harga barangan naik. Mengeluh dan terfikir bagaimanalah taraf hidup lepas harga barang dan harga minyak naik. Sebab Mas bukanlah bergaji besar. Tapi Mas akan cuba hadapi, cuba berjimat cermat dan berbelanja lebih berhemah. Kurangkan pembelian barangan yang tak berapa perlu dan kurangkan shopping.

Walau camne pun hidup kena diteruskan dalam keadaan ekonomi yang sebegini, pandailah uruskan kewangan keluarga kita dengan lebih baik.

Bersedialah untuk GST esok, jangan tak tidur malam sudah!

Isnin, 30 Mac 2015

Kejohanan Boling MAKSWIP 2015

Assalamualaikum...(^ ^)


Boling MAKSWIP adalah acara wajib setiap tahun yang Mas akan sertai. Apa itu MAKSWIP? MAKSWIP adalah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan.

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 Mac 2015 hingga 29 Mac 2015. Jadi Mas dapat sesi pada hari semalam yang berlangsung di Megalanes Endah Parade, Petaling Jaya. Hanya kategori individu yang dipertandingkan dan setiap orang kena bermain 10 games.

Fuhhh memang lenguh tangan, dari jam 10 pagi sampai 5 petang barulah selesai 10 games. Tapi yang sedihnya main semalam memang takde tuah. Memang tak dapat rentak langsung, strike dan spare memang susah nak dapat. Mata untuk setiap games pun bawah 150. Adoiii sedih and sentap sungguh, nangis tengok markah sendiri. Teruk! 

Main boling ni memang kadang² camtu. Berlatihlah banyak mana pun dan mainlah betul camne pun tapi kalau takde rezeki nak menang memang akan takde rezeki..

Tapi Mas belajar dari pengalaman dan kesilapan, harap dapat perbaiki lagi skill dan prestasi Mas. Dah minat boling kan?

Ahad, 29 Mac 2015

Nasi Lemak Antarabangsa

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam berkesempatan bersama² geng Kelab Blogger Ben Ashaari bersantai di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Mas memang pernah dengar pasal gahnya nama Nasi Lemak Antarabangsa ni, tapi semalam baru ada peluang dapat ke sana. Terima kasih pada KBBA dan pemilik restoran NLA sendiri iaitu Encik Halim kerana sudi menerima kunjungan kami.




Inilah antara menu² yang disediakan di sini, memang pelbagai jenis makanan dan lauk pauk. Semuanya sedap² dan menyelerakan, harga yang ditawarkan pun agak berpatutan. 





Yang menjadi pilihan Mas, Nasi Lemak Ayam dan pilihan husband pula Nasi Lemak Kerang + Telur Puyuh. Selain pilihan Nasi Lemak ada jugak Bihun Goreng, Soto Ayam, Nasi Impit Kuah Kacang dan kuih yang menjadi kegemaran Mas iaitu Kuih Koci. Jujur cakap, inilah Kuih Koci yang paling sedap yang pernah Mas makan. Cukup rasanya, makan sebiji pasti nak 2-3 biji lagi. 



Untuk pilihan air pulak ada Gerai Air Kelapa VIP. Terdapat pelbagai jenis pilihan air kelapa yang sangat sedap dan menyelerakan, rasa segelas pasti nak lagi segelas. Pilihan Mas malam tadi Air Kelapa Laici Mangga Lemon. Fuhhh nama pun dah hebat, airnya lagilah hebat. Sedap, sejuk dan nyaman je bila diminum, rasa manis masamnya memang menyegarkan tekak! 

Wahhh pendek kata semuanya sedap² dan menyelerakan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni. Memang rugi kalau tak berkunjung ke sana dan cuba menu²nya yang memikat hati. Kami geng KBBA dah cuba, anda bila lagi?




Untuk pertanyaan atau tempahan boleh ke www.nasilemakantarabangsa.my dan Kelapa Frutti.

Sabtu, 28 Mac 2015

Jom Ephyra!

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah lama pasang niat nak cuba produk Ephyra ni. Selain nak kulit cantik dan berseri boleh jaga kesihatan dengan Ephyra.

Masuk hari ini dah 4 hari Mas minum Ephyra dan gunakan Ephyra Skin Bar, memang dapat rasa kesan dia. Badan rasa lebih bertenaga bila bangun pagi walaupun malam tidur lambat, kulit Mas yang dulunya kering dan rasa lembab gitu. Pastu bila minum Ephyra pagi² boleh rasa kenyang sampai ke tengahari, memang sesuai untuk Mas yang berdiet ni.

Untuk kulit muka pulak Mas dapat rasakan perubahan jugak bila gunakan Ephyra Skin Bar.. Lingkaran gelap bawah mata pun dah makin beransur hilang, jerawat pun cepat kecut. Lepas cuci muka dengan Skin Bar kulit akan rasa licin dan tegang, best sangat! Bau dia pun wangi dan menyegarkan.


Gambar selepas cuci muka dengan Ephyra Skin Bar.


Ini adalah 10 hasil yang nyata bila gunakan Ephyra, Mas memang sangat berpuashati Tak sabar nak lebih cantik, sihat dan bertenaga dengan Ephyra!

Khamis, 26 Mac 2015

Restoran Steamboat Malaya

Assalamualaikum...(^ ^)


Selasa lepas Mas makan di Restoran Steamboat Malaya di Salak Tinggi. Memang setiap hari lalu depan restoran ni kalau balik kerja, baru sekarang berkesempatan ajak family makan kat situ. 


Restoran ini menyediakan pakej bufet dengan harga RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak² berumur 4-11 tahun. Mereka jugak mengenakan bayaran RM10 untuk setiap 100gram makanan yang tidak dihabiskan bagi menggelakkan pembaziran. Bagus cara ni, jadi takdelah orang ambil banyak tapi makan tak habis. Sekurangnya kita belajar menghargai setiap makanan yang kita makan.




Di sini disediakan pelbagai jenis bahan untuk steamboat, segala jenis meatball, fishball, crabball dan macam² lagi. Ada jugak seafood seperti daging, ayam, udang dan sotong untuk grilled. Pelbagai jenis mee dan sayur-sayuran pun ada. Menu seperti Nasi Goreng, Bihun Goreng, Kuetiow Goreng, kuih muih dan bubur jugak disediakan. Memang puas hati dan perut makan di sini.


Untuk makan steamboat mereka sediakan dapur seperti ini dan kita boleh makan dengan sup atau tomyam, nak grill pun boleh! 

Memang berbaloi makan di Restoran Steamboat Malaya ni, harga murah dan berpatutan.

Rabu, 25 Mac 2015

Wordless Wednesday [82]

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak tiket murah AirAsia, sanggup tak makan tengahari tadi.

Honeymoon Sabah bah kita tahun depan, hehehee!


Selasa, 24 Mac 2015

Design name card

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama berhasrat nak buat name card untuk blog tapi selalu tak kesampaian hajat tu. Pastu nekad nak buat jugak. Mana tau ada rezeki dapat jemputan event, boleh tukar² kad dengan blogger lain.

Jadi terus emel ke favourite designer Mas iaitu www.azhafizah.com. Bincang dengan dia dan dia bersetuju nak design name card Mas. Apa lagi seronoklah sebab Mas suka hasil kerja dia dari dulu lagi. Lepas buat bayaran dalam masa 2 hari Fiza dah hantar draf design, wahhh memang pantas!

Tengok draf terus puashati, hanya mintak Fiza ubah sikit je. Inilah hasil name card Mas yang dah siap, sangat berpuashati dan cantik! 

Tak sabar nak cetak, hehehee!



Isnin, 23 Mac 2015

Review filem Cinderella

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari semalam keluar dengan anak², saja bawak mereka tengok wayang sebab mereka macam dah bosan dok rumah setiap kali hujung minggu. Kali ni kami tengok filem Cinderella.


Filem ni tak banyak berubah dari cerita Cinderella yang pernah kita baca dalam buku. Nak bagi sinopsis pun rasa macam semua dah tahu bagaimana cerita Cinderella kan? Tapi sebab nak review, Mas bagilah sedikit sinopsisnya.

Sinopsis filem
Seorang gadis bernama Ella hidup bahagia bersama ibu dan bapanya. Suatu hari ibunya sakit dan meninggal dunia, Ella pun membesar bersama ayahnya. Hinggalah suatu hari ayahnya menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Lady Tremaine iaitu seorang janda yang mempunyai 2 orang anak bernama Anastasia dan Deizella. Selepas berkahwin ayah Ella terpaksa bekerja di luar kota dan semasa di luar kota dia jatuh sakit lalu meninggal. Bermulalah kisah kehidupan Ella bersama ibu tirinya yang memperlakukan dia seperti orang gaji. Hinggalah suatu hari Ella terjumpa seorang pemuda di dalam hutan dan mereka berkenalan tanpa Ella tahu pemuda itu adalah putera raja. 

Itulah serba sedikit sinopsisnya. Bagaimana pengakhirannya dan apa yang berlaku antara Ella dan putera raja tentu kawan² boleh agak berdasarkan buku kisah Cinderella. Atau pun kalau tak tahu kenalah tonton di pawagam!

Review Cinderella
Unsur kekeluargaan, kasih sayang dan berhati mulia banyak dipertontonkan dalam filem ini. Walaupun Cinderella diperlakukan dengan kejam oleh ibu tiri dan adik beradik tirinya tetapi dia tetap memaafkan kesalahan mereka. Kasih sayang dia terhadap binatang jugak telah membuatkan dia banyak dibantu dan dihibur oleh binatang² tersebut bila dalam kesusahan dan kesedihan.

Bagi Mas filem ini sesuai ditonton bersama anak² kerana mereka sudah terbiasa dengan cerita Cinderella di dalam buku cerita. Bila berpeluang menonton di wayang pasti mereka lebih seronok. 

7 bintang untuk filem ini sebab Mas terhibur bila menontonnya, anak² pun seronok!

Sabtu, 21 Mac 2015

Boling Puspanita Piala KSN 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

Kejohanan pertama di tahun 2015.

Boling Puspanita Piala KSN anjuran Puspanita Kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah individu lelaki, individu wanita, berkumpulan dan kategori ibu dan anak. Mulanya Mas nak masuk kategori berkumpulan tetapi disebabkan tak cukup ahli jadi Mas masuk kategori ibu dan anak.

Inilah gandingan ibu dan anak tu, ada macam kakak dan adik tak? Hehehee!



Ini pulak member² office yang join sama, mereka kategori berkumpulan!


Sekarang tengah tunggu keputusan, moga² ada rezeki hari ini!

Jumaat, 20 Mac 2015

Samsung Note4 best!

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, dapat jugak beli Note4 yang diidamkan ni. Gigih main kutu RM200 tiap² bulan. Dapat je duit terus beli, kalau tak habis ke lain duit tu.

Mas pengguna setia Samsung Note sejak dari Note1 lagi. 5 tahun guna Note1 dan kemudian bertukar ke Note3, 2 tahun jugak Mas guna Note3. Sekarang Note3 dah bagi husband guna. 

Bagi pendapat Mas, menarik Note4 ni. Prosessor dia laju dengan RAM 3GB dan build in memory ialah 32GB. Memang boleh simpan macam² perisian. Kamera belakang 16MP dan kamera depan 3.7MP, memang syok nak ambik gambar dan selfie.

Bentuk cantik dan sedap dipegang, skrin pun besar. Kalau nak menulis blog pun senang, hanya di hujung jari je. Keypad lancar, nak menaip pun laju. Lagi satu yang menarik tentang Samsung Note ni ialah ada SPen. Kalau nak buat nota atau nak edit memang senang guna SPen.

kamera depan, tak edit pun

wide selfie 

Gambar yang ditangkap pun cantik, bila dah tangkap memang tak perlu edit sangat, gambar terang dan jelas. Lagi satu boleh wide selfie, syok!

Jadi Mas sangat berpuashati dengan Samsung Galaxy Note4. Bagi yang berminat bolehlah dapatkan di pasaran dengan harga RM2399. Mas beli dengan harga RM2300, dapat percuma cover dan tempered glass. Sangat berbaloi! 

Khamis, 19 Mac 2015

Filem yang dinantikan

Assalamualaikum...(^ ^)


Siapa sini peminat filem Fast and Furious, Mas memang peminat tegar! Dari yang pertama hinggalah Fast 6 memang Mas tak ketinggalan menonton. Tengok beberapa kali pun tak bosan, watak yang paling diminati adalah Dominic Toretto.

Jadi tahun ini Fast and Furious 7 akan menemui peminatnya pada bulan April nanti. Filem kali ini lebih menarik jika dilihat pada official thriller yang dimuatnaik dalam Youtube. Memang penuh dengan aksi yang menarik dan mencabar, terutama babak² yang menggunakan kereta sport. 

Tapi pelakon utama filem ini, Paul Walker hanya sempat menjalani separuh pengambaran sahaja kerana beliau telah terbunuh dalam kemalangan pada tahun 2013. Jadi pengarah filem ini telah mengambil adik beliau untuk menghabiskan babak² yang dilakonkan oleh Paul Walker. Jika ada sambungan lagi takde dah Paul Walker.

Tapi yang paling seronok, hero Transporter iaitu Jason Statham ada berlakon. Suka sangat sebab Mas minat dengan dia, hehehee!

Bagi peminat Fast and Furious ingat tarikh tayangannya, 3 April dah ada di pawagam!

Rabu, 18 Mac 2015

Wordless Wednesday [81]

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy Samsung Galaxy Note4 dah dalam genggaman, hehehee!
Nanti kita review best ke tak.


Isnin, 16 Mac 2015

7th Putrajaya Hot Air Balloon

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah dapat jugak pergi tengok belon panas kat Putrajaya semalam. Memang selalu hari terakhir baru dapat pergi. Pada awalnya nak pergi sebelah pagi tapi disebabkan Airis tak berapa sihat terpaksalah tunda ke petang.


Masa sampai tu memang lautan manusia membanjiri Putrajaya. Parking pun tersangatlah jauh, terpaksa jalan kaki ke tempat belon panas tu. Nak ambil gambar belon pun susah, terpaksa menyelit² kat celah orang.. 





Cuma Mas rasa tahun ni jumlah belon yang dipasang agak kurang dan tak banyak belon yang menarik. Belon yang diterbangkan pun beberapa biji je, tak seperti tahun² sebelumnya. Pastu aktiviti naik belon panas pun macam takde, baru nak bawak Airis rasa pengalaman naik belon panas.

Tapi sebelah malam agak menarik sedikit, ada Night Glow. Belon dipasang dan mereka nyalakan api mengikut rentak muzik, menarik sangat! Acara kemuncak macam biasa bunga api.



Gambar² untuk tatapan semua.





Sabtu, 14 Mac 2015

Laksa Lemak Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah nak kongsi resepi Laksa Lemak Pahang, tapi asyik lupa. Jadi hari ni hujung minggu Mas kongsikan resepinya, manalah tahu ada kawan² nak cuba masak untuk keluarga.

Mas memang lagi suka laksa lemak, kalau kat Kelantan dimakan dengan laksam tapi di Pahang dimakan dengan mee laksa. Jadi ini resepinya!


Bahan² yang diperlukan
1. 1 kg ikan sardin atau ikan kembung
2. 1 biji kelapa parut (untuk santan)
3. Daun kesom dan bunga kantan
4. 10 biji cili api dan sebiji timun untuk makan dengan laksa
5. Lada hitam, asam keping, garam dan serbuk perasa


Cara² membuatnya
1. Mula² rebus ikan, bila dah masak asingkan ikan dari tulang dan kisar sampai hancur.
2. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masukkan santan, daun kesum, bunga kantan dan lada hitam. Masak atas api sederhana.
3. Bila dah mengelegak masukkan garam, asam dan serbuk perasa. Bila dah puas hati dengan rasanya boleh tutup api. 
4. Kemudian rebus laksa hingga lembut.


Inilah hasilnya, dah boleh makan. Selain timun dan cili boleh jugak letak kacang panjang dan limau kasturi, ikut sukalah kan! Bagi Mas makan camni pun dah sedap, boleh tambah 2-3 mangkuk..


Selamat mencuba!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com