Terkini dan Sensasi

Khamis, 30 April 2015

12 tahun berkhidmat

Assalamualaikum...(^ ^)

16 April 2003
Hari pertama Mas lapor diri di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, masa tu pejabatnya di Jalan Cenderasari KL. Rezeki mengandung anak sulung masa tu, di usia kandungan 7 bulan Mas diterima untuk berkhidmat dengan Kerajaan.


April tahun ini genap 12 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. Walaupun ada jugak tanggapan negatif masyarakat terhadap penjawat awam tapi Mas tetap bersyukur dengan jawatan ini. Biarlah orang nak kata apa, janji Mas jalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan jujur dan ikhlas. Inilah rezeki Mas untuk bantu suami menyara keluarga dan anak². 

12 tahun di KKM Mas rasa sangat seronok, pelbagai kenangan pahit manis yang Mas dapat. Pengalaman bekerja dengan 5 orang bos cukup mencabar dan menjadikan Mas seorang setiausaha yang lebih berwibawa. Bukan senang kerja sebagai setiausaha ni walaupun orang nampak senang.

Doa Mas supaya terus sihat dan dapat berkhidmat sehingga pencen nanti.

Rabu, 29 April 2015

Seminar Aspirasi Setiausaha 2015

Assalamualaikum...(^ ^)



Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Peluang diberi menyertai Seminar Aspirasi Setiausaha 2015 amat Mas hargai. Ia adalah satu penghargaan kepada Mas sebagai seorang setiausaha. Bukan mudah nak dapat peluang mengikuti seminar sebegini. Sekali lagi terima kasih bos!

Seminar selama 3 hari ini berlangsung di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Terasa sekejap je 3 hari sebab segala program yang diatur sangat menarik. Jadi tak sedar masa berlalu dengan pantas.

26hb Mas mendaftar di hotel dan ditempatkan di bilik twin sharing. Tak sangka pulak rakan sebilik pun PA di KKM. Rakan sebilik Mas, Nor namanya. Walaupun satu Kementerian tapi memang tak pernah berjumpa, kalau setakat bercakap di telefon memang selalu. Macam tulah setiausaha, ramai kenalan di dalam talian je, jadi bila ada seminar sebegini barulah dapat peluang bersua muka.



Malam pertama program dah bermula, speaker malam tu memang dinanti² oleh semua peserta. Mata mengantuk jadi segar bugar bila dia muncul. Inilah Fahrin Ahmad, speaker yang memberikan ceramah bertajuk Membina Personaliti Cemerlang. Ternyata beliau seorang yang sporting dan peramah. 

Pada hari kedua, ada 3 orang speaker yang tak kurang hebatnya. Speaker pertama Kamal Affandi Hashim, penganalisis jenayah terkemuka. Speaker kedua Ally Iskandar, pengacara terkenal. Kedua²nya menyampaikan ceramah dengan gaya santai dan sangat kelakar. Memang asyik gelak dari mula hingga akhir. Speaker ketiga Nazril Idrus dan ceramah beliau adalah mengenai bijak mengurus wang.







Malam kedua pulak adalah Malam Gala Dinner Gemerlapan Bintang. Tema malam tu ialah black + gold. Mas pakai baju gold dan tudung gold berbunga merah, tudung hitam yang cantik tak sempat nak beli. Artis jemputan pada malam dinner ialah Roslan Shah dan Aweera. Roslan Shah mengacarakan majlis, memang havoc dan kelakar sangat. Persembahan dari Aweera pulak sangat memukau, sedap sangat suara dia!











Malam Gala Dinner sangat seronok, sempat jugak Mas mengsumbangkan suara. Hehehee!


Hari terakhir speaker pun best, Puan Suraya Daud. Beliau memang pakar dalam latihan personal grooming dan professional image. Sangat cantik dan suara pun merdu.


Mas sangat berpuashati dengan seminar ini. Seronok dan banyak ilmu yang Mas dapat untuk membina kerjaya Mas sebagai seorang setiausaha. Lain kali jika ada peluang Mas nak pergi lagi!


Selasa, 28 April 2015

Catering Bayou Coffeehouse : Sedap dan menyelerakan

Assalamualaikum...(^ ^)


Semasa KBBA Blogger's Day out, pihak KKTTC telah menyajikan menu makanan tengahari kepada kami yang disediakan oleh pihak Bayou Coffeehouse.

Pelbagai menu yang disediakan memang sedap dan menyelerakan. Ada pelbagai jenis pilihan masakan melayu yang sesuai dengan tekak dan selera Mas. Ini antara menu yang paling Mas suka!

1. Sambal Tempe, tempenya ranggup!



2. Cekodok Pisang. Lembut, gebu, sedap dan makan sebiji pasti nak lagi dan lagi!



3. Sambal Ikan, isi ikannya lembut dan manis je!



Ini pulak antara menu² lain yang pastinya tidak mengecewakan perut dan tekak.

Gulai Rebung

Rendang Daging

Paru Goreng Berlada

Lemak Pucuk Asin² dan Masak Lemak Labu

Ayam Masak Kicap

Kerabu Pegaga dan Kerabu Daun Selum

pelbagai jenis Sambal

Ulam-Ulaman

Bubur Pulut Hitam

Pastinya pelbagai menu lagi disediakan di Bayou Coffeehouse. Jika anda nak cuba makanan yang sedap dan menyelerakan ini bolehlah datang ke sini. Selain menyediakan menu makan tengahari, ada jugak disediakan perkhidmatan tempahan catering untuk sebarang event seperti majlis perkahwinan, majlis buka puasa, majlis hari jadi, hari keluarga dan pelbagai lagi.

Sebarang pertanyaan/tempahan boleh hubungi:

No. Telefon: 03-83180008 @ 019-3305848
Emel: bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook: bayoucoffeehouse

Isnin, 27 April 2015

KBBA Blogger's Day Out 2015 : TERBAIK!

Assalamualaikum...(^ ^)


Perancangan lebih kurang sebulan lebih oleh founder KBBA dan AJK serta kerjasama dari semua rakan KBBA telah menjayakan Blogger's Day Out 2015 ini. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dari mula event hingga akhir. 

Seawal jam 7.30 pagi Mas dah sampai di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Memang seronok dan teruja nak jumpa semua kawan² blogger yang dah lama hanya kenal di alam maya. Bila dah jumpa rasa macam satu keluarga. Semuanya sporting dan best, sayang korang!

Selepas sesi pendaftaran dan pengagihan goodies bag, tshirt KBBA tajaan Cosmoderm serta pengagihan kumpulan kami sarapan dulu. Sarapan kami disediakan oleh Bayou Coffeehouse. Kenyang perut acara terus dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Aten, seronok sangat!






Bila badan dah segar dan berpeluh² lepas senamrobik, baru semangat nak main games kan? 3 games yang disediakan untuk kami iaitu golf, badminton dan paintball. Games pertama ada golf ala blogger, memang ke laut pukulan masing². Maklumlah selalu pegang keyboard je, bila pertama kali pegang kayu golf memang kekok. Pukul bola pun melantun depan mata je. Ini tuju kat diri sendiri, hahahaa!




Dah penat gelak ketawa main golf kami ke games seterusnya iaitu badminton. Konsep permainan memang havoc bila 6 lawan 6 dengan hanya satu raket sahaja. Mula² memang rasa kelam kabut sebab masing² berebut nak pukul shutter, tapi bila dah pandai susun strategi baru boleh menang kan? Yang penting team Mas, team hijau ada menang jugak. 



Sudah penat berhempas pulas main badminton kami diberi ruang untuk berehat sekejap. Dalam masa tu kami diberi peluang untuk cuba bermain go kart. Mas tak main pun sebab tak larat cuaca panas sangat, tapi seronok tengok kawan² blogger seronok main go kart. Arfan anak Mas pun nak cuba main tapi tak cukup tinggi, jadi dapat bergambar je.



Dah penat di litar go kart seperti lagak pemandu dalam Fast 7, semua pun dah penat dan lapar. Jadi apa lagi terus serbu Bayou Coffeehouse untuk menjamu selera. Pelbagai menu yang sedap dan menyelerakan disediakan oleh Bayou Coffeehouse untuk perut kami. Terima kasih Bayou Coffeehouse untuk makanan yang sangat sedap!



Selesai makan dan solat terus kami ke games yang paling dinanti iaitu battle war di arena paintball. Semuanya dah teruja nak berperang. Mas memang teringin nak main tapi takut kena tembak, hahahaa! Jadi hantar husband sebagai wakil. Dia pun tak pernah main, tapi bila dapat main memang dia seronok. Seronok dapat tembak orang, hehehee!





Penat berperang dan puashati dapat tembak kawan kami ke acara penutup yang disempurnakan oleh founder KBBA iaitu Ben Ashaari. Terima kasih atas ucapan yang dapat menyuntik semangat semua rakan KBBA. Ada jugak acara cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik ditaja oleh:

1. Cyberview: www.cyberview.com.my
2. Cosmoderm: www.cosmoderm.com.my
3. Yeos Malaysia: www.yeos.com.my
4. Stamp N Print Enterprise: http://stampnprint.blogsopt.com
5. Natalia: www.natalia.my
6. Monster Crazy Crunch: www.crazycrunchy.com

Mas pun bertuah! Terima kasih pada Azwar dan Cosmoderm atas hadiah ini.



Acara akhir macam biasa gambar beramai² sebagai kenangan. Pelbagai aksi dan gelagat masa bergambar, semuanya havoc dan seronok. Habis sesi bergambar maka selesailah event yang bermakna ni. Memang kenangan terindah bagi Mas. Dari kenal di alam maya kami semua berkumpul sebagai satu keluarga yang sangat rapat. Moga ukhwah terjalin akan terus kekal sampai bila².



TERBAIK KELAB BLOGGER BEN ASHAARI DAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA PADA SEMUA PARA PENAJA. PADA KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA TERIMA KASIH KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT YANG SANGAT SELESA UNTUK MENJAYAKAN EVENT KAMI!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com