mrs secretary

Sabtu, 31 Oktober 2015

Nur Airis Arissa : Di ambang usia 3 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Membesarkan anak umpama perjalanan usia, makin membesar anak makin bertambah usia kita. Dah bertambah usia tu makin tualah kita. Anak² Mas pun dah semakin membesar. Yang sulung dah anak dara, yang kedua dah anak teruna dan si Airis pun dah nak masuk usia 3 tahun.


Entri ni kisah Nur Airis Arissa yang di ambang usia 3 tahun, tak lama lagi. Semakin bijak dia. Kalau bercakap tu dah macam orang dewasa, dia lagi pandai cakap dari mama babahnya. Kadang kita kalah dengan dia. Pastu jangan buat tak tahu atau lawan apa dia cakap, siaplah kena amuk nanti. Hahahaa!

Makin besar makin pandai dia berdikari, apa saja dia dah pandai buat sendiri. Seronok tengok si kecik yang pandai urus diri sendiri, comel je! Toilet training pun dia dah berjaya 80%, kadang ada terbabas tu biasalah, budak baru belajar. Tapi Mas tak sangka di usia dia yang belum 3 tahun dia dah berjaya lulus free diapers. Bijak Airis!


Satu lagi sikap dia yang Mas perasan ikut sikap mama ialah garang, hehehee! Janganlah abang dan kakak nak usik, siap kena amukan. Memang kalah abang kakak kalau kena marah dengan dia. Mama dan babah pun kadang kena marah jugak, redha jelah. 

Itulah anak², masing² membesar dengan cara yang berbeza. Kita sebagai ibu bapa yang kena corakkan yang terbaik buat mereka. Pasti kita nak mereka membesar dengan sihat, jadi anak bijak dan berjaya dunia akhirat. Moga doa kita Allah makbulkan!

Jumaat, 30 Oktober 2015

Festival Light and Motion Putrajaya 2015 (LAMPU)

Assalamualaikum...(^ ^)

30 Oktober hingga 1 November 2015 | Festival Light and Motion Putrajaya 2015 (LAMPU) bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 bermula jam 7.30 malam hingga 12.00 tengah malam.


Haaa jerebu dan bertambah baik dan beransur pulih kan? Jadi bolehlah bawak anak² beriadah di luar. Pasti mereka dah bosan asyik terperap je kat rumah, jadi apa kata kita bawak anak² tengok Festival LAMPU ni. Pasti menarik dan memang sesuai bawak anak² berhibur sambil tengok pertunjukan lampu yang sangat cantik. 

LAMPU atau Light and Motion Putrajaya adalah acara mega anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan ahli Lighting Urban Community International (LUCI Association). Festival LAMPU 2015 diilhamkan untuk mengetengahkan elemen kemodenan dan kemajuan industri pencahayaan di Malaysia ke arah memartabatkan inisiatif pencahayaan bandar di Putrajaya yang lebih sistematik dan ideal di peringkat antarabangsa.


Pelbagai acara menarik menanti anda selama 3 hari bermula malam ini. Antara acara yang menjanjikan keseronokan dan keterujaan adalah Pertandingan Fotografi, Garden Lighting, Tron Dance Performance, Persembahan Wayang Kulit, Bicycle Lihgt Show, Projection Mapping dan Car Light Show. Fuhhh semua acara sangat menarik dan pastinya kita tak akan bosan ke Festival LAMPU.

Festival ni memang tahun lepas dah ada tapi Mas tak berkesempatan nak pergi tengok. Jadi tahun ni memang tak akan lepaskan peluang untuk menikmati limpahan cahaya lampu warna warni di Putrajaya. Teruja nak bawak anak², mesti mereka pun tak sabar.


Jadi jom manfaatkan hujung minggu kita bersama keluarga dengan abadikan memori dan kenangan terindah di Festival LAMPU Putrajaya. Jangan lupa rakamkan video dan gambar banyak²!

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini boleh layari:


Khamis, 29 Oktober 2015

Bahaya obesiti

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaa tengok tu, 5.3 juta rakyat kita dalam bahaya. Dah memang sah rakyat Malaysia terkenal dengan obesiti, nak buat camne makanan semua sedap². Tapi jangan jadikan alasan, kita kena pandai kawal dan jaga pemakanan. Ikutkan nafsu memang sepanjang masa lapar dan nak makan sedap². 

Dulu Mas pun dah dalam kategori obesiti tapi nasib baik cepat sedar diri. Alhamdulillah sekarang dah konsisten amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan senaman. Jujur Mas cakap mula² memang susah nak amalkan, tapi bila kita nekad semua tu akan jadi senang. Takut sekarang bila naik penimbang tiba² berat naik walaupun hanya 100 gram. Lagilah Mas dah nak masuk usia 40an, kena lebih berhati² bila makan!

Sebenarnya jaga pemakanan tu bukan nak lebih kepada kurus tapi lebih kepada nak sihat. Nak kawal kandungan lemak, kolestrol dan gula yang memang punca utama kepada penyakit. Bila berjaya kawal automatik kita akan kurus dan tidak tergolong dalam kategori obesiti. 

Pastu pemakanan anak² pun kita kena jaga, jangan biar anak ambil makanan segera dan manis terlalu banyak. Anak² pun berisiko untuk obesiti dan kena kencing manis di usia muda. Ajar anak beriadah diluar, jangan biarkan dok rumah main games pastu hidangkan dengan makanan yang tak berkhasiat.


Tengok statistik ni, kita semua berisiko tau! Jadi kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita makan dan ambil tindakan secara sedar.

Rabu, 28 Oktober 2015

Review filem Jwanita

Assalamualaikum...(^ ^)

Suka lakonan Maya Karin sebab itu teringin sangat nak tengok filem ni. Tetapi disebabkan klasifikasi 18 tahun ke atas maka niat nak menonton di pawagam kenalah dibatalkan. Bila cerita ni ada di Astro First terus langgan, puashati dapat tengok lakonan Maya.


Sinopsis Jwanita
Mengisahkan seorang gadis bernama Jwanita yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya. Dia sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang mengamalkan ilmu hitam. Hidup Jwanita kembali ceria apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.

Namun segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya mengahwini Julaika iaitu adik kandungnya sendiri. Semasa perkahwinan Farhan dan Julaika dia menghilangkan diri namun muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza. Tetapi disebalik perwatakan baik itu ada dendam yang ingin dibalas! 


Review Jwanita
Filem ini berjaya dengan adanya Maya Karin. Lakonan beliau memang tidak menghampakan, dia berjaya menjadi wanita psiko yang penuh dengan dendam durjana. Plot dan jalan cerita mudah difahami dan menarik dari mula hingga akhir. Adegan dan babak yang mendebarkan mampu membuatkan Mas tak senang duduk. Memang menjerit dan terkejutlah bila nampak rupa hantu yang mengerikan tu. 

Memang filem ini tidak menghampakan. Ia bukan hanya filem psiko tetapi ada unsur seram, kasih sayang dan sedih diselitkan. 8 bintang untuk Jwanita sebab Mas boleh menonton tanpa rasa jemu selama 2 hari di Astro First. Ulang berkali² tengok pun tetap mendebarkan!

Selasa, 27 Oktober 2015

Korban cemburu

Assalamualaikum...(^ ^)

George Town | Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan SPM minggu depan ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar dipercayai menggunakan pisau pemotong sayur di dalam bilik tidur rumah keluarganya di flat Bandar Baru Teluk Kumbar, Balik Pulau kelmarin. 

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 dijumpai dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya. Mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh oleh bekas teman lelakinya dek kerana cemburu. (petikan dari akhbar Kosmo)


Allahuakbar sedihlah bila baca berita sebegini, nak pulak yang menjadi mangsa tu adalah anak gadis yang masih bersekolah. Pasti hancur luluh hati ibu bapa bila anak yang disayangi dibunuh dengan kejam camni. Tak dapat nak tengok anaknya menduduki SPM dan beroleh kejayaan. 

Takutnya bila lihat kejadian begini berlaku, nak pulak bagi ibu bapa yang ada anak dara yang masih bersekolah. Pendedahan kepada bahaya dan manusia yang tidak berperikemanusiaan ni semakin berleluasa. Kalau tidak peka dan pantau keselamatan anak², yang ditakuti tu dikhuatiri berlaku. 

Pergaulan anak² dengan kawan² pun kena sentiasa pantau, kena tahu dengan siapa mereka berkawan. Mungkin anak² kita ada berkawan dengan orang yang luar selain kawan sekolah.

Mas menulis bukan nak salahkan sesiapa tetapi lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri yang kadang kita alpa sebagai ibu bapa. Dalam kita kawal dan pantau besar kemungkinan akan terjadi musibah kan? Bila dah terjadi memang ketentuan takdir, punca kejadiaan tu hanya musabab je.

Isnin, 26 Oktober 2015

Pilihan Gegar Vaganza 2

Assalamualaikum...(^ ^)

Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim kedua. Kali ini pilihan artis² lama yang bertanding lebih hebat. Dengan kekuatan vokal yang masih mantap walaupun sudah berusia menjadikan mereka setaraf penyanyi sekarang. Ada sesetengah peserta dah lama tak menyanyi dan buat album tapi bila menyanyi secara live suara mereka memang memukau. 


Antara 12 peserta yang bertanding hanya 3 orang yang menjadi pilihan Mas. Bagi Mas mereka bertiga ni memang punyai suara yang hebat. Apa sahaja lagu yang dinyanyikan dapat mereka sampaikan dengan baik. Siapa yang jadi pilihan Mas? Mereka ialah Zul Handy Black, Ezad Lazim dan Acong Sweetchild. Suara mereka memang wow! Terutama Acong, walaupun dah lama tak menyanyi tapi kelunakkan suaranya memang tiada tandingan. Langsung tak berubah, tetap memukau seperti dulu².

Jadi pendapat Mas lagi bagus mereka yang hebat ni diberi pilihan lagu yang mencabar setanding dengan vokal mereka. Beri mereka nyanyikan lagu terbaru dan terkini supaya kita boleh lihat tahap keupayaan vokal peserta. Jika mampu memang peserta itulah layak digelar Juara!


Ini pula senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta pada minggu ketiga.

Nassier Wahab | Tanpa Pesan (Datuk M. Daud Kilau)
Ezlynn | Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)
Ezad Lazim | Mengerti (KRU)
Azian Mazwan Sapuan | Tak Ada Logika (Agnes Monica)
Nizam Laksamana | Tak Seindah Wajah (Datuk SM Salim)
Haiza | Istilah Bercinta (Ramli Sarip)
Acong Sweetchild | Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Faradhiya | Joget Siapa Dia (Wann)
Sheeda | Hantu Atau Buaya (Nana Sheme)
Amir Ukays | Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
Siti Nordiana | Kasihnya Laila (Jinbara)
Zul Handy Black | Ku Menunggu (Rossa)

Wahhh mencabar jugak lagu² yang bakal mereka nyanyikan. Tak sabar nak tengok Zul Handy Black nyanyi lagu Rossa, comel ke tak? Hehehee!

Review filem The Last Witch Hunter

Assalamualaikum...(^ ^)

Kawan² dah menonton ke filem terbaru Vin Diesel. Mas dah tengok semalam, peminat Vin Diesel haruslah kena tengok. Filem ni mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 22 Oktober 2015. 


Sinopsis filem 
Mengisahkan pertarungan antara Kaulder seorang pemburu ahli sihir dengan Ratu Sihir yang sangat jahat. Ratu Sihir telah merancang untuk melepaskan wabak maut bagi menghapuskan umat manusia. Kaulder telah mengalahkan Ratu Sihir pada masa lampau tetapi ia telah dibangkitkan semula oleh ahli sihir lain. Jadi sekali lagi Kaulder terpaksa bertarung dengan Ratu Sihir yang ingin membalas dendam terhadapnya. Berjayakah Kaulder menyempurnakan misinya menewaskan Ratu Sihir?

Review The Last Witch Hunter
Filem ini menarik untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang mudah difahami. Lakonan Vin Diesel yang sememangnya tidak mengecewakan menjadikan filem ini tampak hebat. Seperti biasa filem supernatural sebegini mengisahkan manusia dengan alam lain namun plot cerita tetap menarik dan tidak melalut. Aksi pertarungan antara The Witch Hunter dengan Ratu Sihir jugak sangat mengujakan. 

Hampir 2 jam menonton filem ini memang tidak membosankan. Dari mula hingga akhir kita sentiasa ternanti² apa akan berlaku dalam setiap babak filem. Anak² Mas pun seronok menontonnya!

8 bintang untuk filem ini.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Rahsia saya

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ada kongsi gambar ni kat Instagram dan Facebook, pastu adalah yang tanya apa rahsia dari gemuk boleh kurus. Mari Mas kongsikan rahsianya, baca tau!


Bab nak kurus tu bukan senang sebenarnya sebab Mas dah lama gemuk, sejak lahirkan anak pertama tahun 2003. Kesedaran dalam diri nak kuruskan badan memang takde pun masa tu. Tak pernah kisah kawan dok kata Mas makin gemuk. Mas mula cuba kuruskan badan awal tahun 2015, masa tu terfikir jugak boleh ke berjaya kurus. Tapi Mas kuatkan semangat dan yakin Mas boleh berjaya. Apa rahsia dan apa yang Mas amalkan, inilah dia.

Mula² Mas kawal pengambilan makanan sebab apa² pun nak kurus kena bermula dari cara pemakanan kita. Mas kurangkan manis, masin, lemak dan minyak. Sedikit demi sedikit, bukan terlalu drastik. Bila dah berjaya automatik boleh kawal. Sekarang Mas memang tak minum air manis, hanya air masak dan teh hijau sahaja. Kalau teringin barulah minum. Makanan masin, berlemak dan berminyak pun dah kurang makan, sekali sekala je!

Kemudian Mas kurangkan pengambilan nasi. Biasanya makan 2 senduk, Mas kurangkan ke 1 senduk. Pastu kurangkan lagi ke segenggam. Bila perut dah terbiasa makan sedikit terus boleh kawal. Sekarang kalau makan 4-5 suap nasi dah rasa kenyang, malah tak makan nasi 2-3 hari pun boleh. 

Lagi satu kira jumlah kalori yang diambil supaya senang nak hapuskan berapa banyak. Mas rujuk pelbagai website cara pengiraan kalori dan biasanya rujuk web Kevin Zahri. Paling penting Mas tak langkau waktu makan, memang makan ikut waktu 5 kali sehari. Kalau langkau memang Mas akan makan lebih banyak pada satu waktu. Jadi kena makan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Pastu amalkan bersenam. Walaupun senaman hanya 20% membantu untuk kita kurus tapi kena bersenam supaya dapat bakar kalori apa yang dimakan. Mas tak bersenam lama pun, cukup 30 minit sehari. Mas pelbagaikan jenis senaman seperti aerobik, zumba, tabata, jogging dan sekali sekala pergi gym. Tapi kebanyakkan senaman Mas buat di rumah je.

Itulah sajalah rahsia Mas boleh kurus, dari 84kg ke 66kg sekarang.

Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu : 4 hari sekolah tutup

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni sekolah tutup lagi. 4 hari berturut² akibat dek jerebu yang semakin teruk seolah² tiada tanda akan pulih.


Sesetengah anak² seronok bila tak sekolah sebab tak perlu bangun pagi. Tapi mak ayah yang bekerja pening sebab terpaksa fikir perancangan nak tinggal anak dengan siapa di rumah. Sampaikan ada yang terpaksa bawa anak ke pejabat kerana tiada siapa nak jagakan mereka. Kalau anak dah besar takpelah boleh tinggalkan sendirian. Ada ibu bapa terpaksa bercuti jugak sebab susah nak bawak anak² ke pejabat, nanti macam² hal pulak.

Peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya bermula Isnin lepas pun terpaksa ditangguhkan sehingga sekolah dibuka seperti sediakala. Kasihan jugak dekat anak² sebab mereka dah ulangkaji dan bersedia untuk periksa. Tapi tak mengapa, sekurangnya mereka ada masa lagi untuk gandakan ulangkaji. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan?

Harap minggu depan jerebu semakin pulih dan sekolah kembali dibuka. Bolehlah anak² duduki peperiksaan dengan tenang. Lagi pun tak lama lagi cuti sekolah. Habis periksa kalau nak tutup sekolah awal pun takpe, takdelah anak² terdedah dengan keadaan jerebu.

Memang sengsara kan dek jerebu ni. Moga cepatlah ia berlalu. Kita semua jagalah kesihatan diri dan anak², jangan dedahkan mereka dengan jerebu. Buat aktiviti kat rumah je. Pastu pantau sikit anak², jangan biarkan mereka main di luar rumah.

Rabu, 21 Oktober 2015

Harapan pada Bajet 2016

Assalamualaikum...(^ ^)

Bajet 2016 akan dibentangkan pada 23 Oktober dan sememangnya dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Suka atau tidak dengan pembentangan bajet tapi semestinya kita ada harapan padanya.

Mas sama, ada harapan jugak. Sebagai penjawat awam dan orang mesti cakap yang penjawat awam harapkan bonus je. Bagi Mas bonus tu memang satu harapan jugak tapi Mas lagi berharap kalau gaji dinaikkan. Dengan taraf hidup yang semakin meningkat gaji RM3000 sebulan pun tak cukup. Kalau ada kenaikan gaji sekurangnya 10% boleh kurangkan sikit beban kewangan.


Pastu pasal kenaikan harga minyak. Kalau ikutkan memang tinggi harapan supaya harga minyak akan turun 50 sen ke, tapi mustahil kot? Cuma harapan Mas kalau tak turun banyak pun sekurangnya ada penurunan. Pastu kalau nak naikkan harga minyak janganlah kerap sangat, sekurangnya 6 bulan atau setahun sekali, baru tak terasa sangat!

Kenaikan harga tol pun sama, Mas harap ia dikaji semula dengan lebih terperinci. Dahlah rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak pastu tol pulak naik. Sekarang nak keluar kemana² atau nak balik kampung kena fikir dulu sebab kos perjalanan tu dah bertambah.

Satu lagi harapan Mas semoga kos sara hidup tidak terus melambung tinggi. Kerajaan perlu pantau dan kawal dengan lebih ketat kenaikan harga barang. Bila minyak dan tol naik automatik harga barang pun dinaikkan sesuka hati seolah tiada kawalan. Yang paling rasa terbeban rakyat yang berpendapatan rendah macam Mas ni, nak makan di luar pun tak sanggup dah sekarang.


Banyak lagi harapan sebenarnya, kalau senaraikan letih pulak kerajaan nak tunaikan. Hahahaa! Tapi biarlah ada peruntukan dana untuk pendidikan bagi keluarga yang kurang berkemampuan, ada peruntukan lebih banyak untuk pembinaan projek perumahan kos rendah dan kalau boleh BR1M tu tinggikan lagi had kelayakan. Jangan ingat orang gaji lebih RM5000 tu hidup mewah.

Walaupun ini hanya harapan, moga ia jadi kenyataan. Harap para pemerintah dengarlah suara hati rakyat yang semakin terbeban dek kos hidup yang makin melambung setinggi gunung!

Selasa, 20 Oktober 2015

Bahaya di luar rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang tidak dinafikan bahaya tu ada dimana² walau di dalam rumah sekali pun. Tetapi buat masa sekarang bahaya di luar rumah lebih berisiko. Yang paling ketara sekarang bahaya jerebu. Kualiti udara yang semakin meruncing dan sangat tidak sihat boleh mengundang pelbagai penyakit. 


Jadi dalam keadaan jerebu ni agak berbahaya kalau berada di luar rumah. Kalau boleh elakkan aktiviti riadah di luar, duduk je di dalam rumah. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan, takde batasan pun. Cuma kalau terpaksa jugak berada di luar rumah atas faktor kerja, kena pakai topeng muka.

Belum habis bahaya jerebu sekarang terdapat pulak kes tifoid atau demam kepialu. Dari maklumat yang Mas baca khabarnya kes ini terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Puncanya adalah dari pengambilan makanan dan minuman tercemar yang dijual di luar.

Ishhh bahayanya kan? Jadi sekarang kalau nak makan di luar rumah kena lebih berhati², kena pilih kedai makan yang betul² menyediakan makanan dan minuman yang bersih. Kalau kita ragu² dengan kebersihan kedai tu lebih baik elakkan makan di situ. Lagi bagus kalau kita elakkan makan di luar, cuba sediakan dan masak sendiri makanan di rumah. Cuma kena ingat jugak, kalau sediakan makanan di rumah pun kena betul² jaga kebersihan!

Jerebu dan pencemaran ni memang bahaya, jadi elakkan selagi kita boleh.

Isnin, 19 Oktober 2015

Korban Lebuhraya Pantai Timur 2

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih rasa hati bila baca kisah kemalangan di lebuhraya. Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita di dada akhbar pasal kemalangan. Yang paling hangat sekarang tragedi kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2. 75 orang dah terkorban sejak lebuhraya ni dibuka 2 bulan lepas. 


5 hari lepas 6 sekeluarga menjadi korban di LPT2 apabila kereta yang dipandu merempuh penghadang jalan. Semuanya terbunuh serta merta di lokasi kejadian, memang sangat menyayat hati. Semalam 2 nyawa lagi menjadi korban di LPT2. Kereta yang dipandu mangsa jugak merempuh penghadang jalan apabila gagal dikawal. Takziah kepada kedua² keluarga ni.

Melalui lebuhraya ni memang berisiko dan berbahaya terutamanya waktu malam atau hari hujan. Mas kalau balik kampung memang lalu Lebuhraya Pantai Timur tapi LPT1. Memang keadaan jalannya agak kurang memuaskan. Kalau memandu terlalu laju kereta boleh tersasar dari laluan kerana jalan yang agak beralun. Pastu selalu berlaku angin lintang, jadi kena lebih berhati² kalau memandu. 

Ada setengah orang kaitkan dengan laluan keras kalau di lebuhraya ni. Mungkin ada benarnya atau mungkin tidak. Tapi pokok pangkalnya pada kita, kalau nak memandu di lebuhraya terutama waktu malam kena lebih peka, lebih berhati² dan kena cukup rehat. Macam Mas kalau nak balik ke Temerloh atau Kuantan memang elakkan balik waktu malam. 

Memang kita boleh kata dah ajal mereka nak meninggal kerana kemalangan jalanraya tapi apa pun kita kena lebih beringat. Yang penting berhati² dan jaga keselamatan kita bila memandu!

Ahad, 18 Oktober 2015

Komuniti blogger

Assalamualaikum...(^ ^)

Pada awal menulis blog Mas hanya sekadar suka² dan nak berkongsi cerita. Pastu sedikit sebanyak Mas tahu yang blog ada pembaca dan pengikutnya tersendiri. Bila mereka suka penulisan dan cerita kita, mereka akan jadi pembaca setia. Jadi makin lama makin seronok Mas menulis bila ada pengikut dan pembaca yang setia mengikuti penulisan Mas. Dari situ Mas belajar untuk menulis dengan lebih baik dan berkongsi cerita yang lebih bermanfaat kepada pembaca. Tiada istilah suka² dah.

Bila dah ada pembaca setia terus jadi rapat, saling kunjung mengunjungi ke blog masing². Berkongsi pendapat, ilmu dan idea dalam penulisan. Pastu jadi sahabat di alam maya dan media sosial. Seronok, tak pernah terfikir dari blog bukan hanya menulis dan kongsi cerita tapi boleh dapat sahabat.


Semakin lama bersahabat ada yang ingin bersua muka, adakan gathering untuk lebih mengenali. Dari gathering itu Mas tahu wujudnya komuniti blogger. Rupanya ada kelab atau kumpulan blogger yang bernaung di bawah satu komuniti. 

Bagi Mas bagus wujudnya komuniti sebegini sebab kita boleh rapatkan silahturrahim. Jadi tidaklah blogger hanya bersahabat di alam maya tapi boleh jadi satu keluarga di bawah satu komuniti. Boleh berkongsi idea dan pengalaman dalam berblog dengan blogger yang lebih otai dan banyak ilmu. Dalam komuniti blogger jugak kita boleh saling bantu membantu jika ada ahli yang dalam kesusahan. 

Berblog bukan sekadar menulis, dari blog kita boleh bina keluarga dalam satu komuniti yang sama² berkongsi ilmu bermanfaat. Sekarang Mas sertai Kelab Blogger Ben Ashaari, satu komuniti blogger yang makin dikenali. Mas seronok dan bangga jadi salah seorang ahli sebab banyak ilmu blog yang Mas dapat. Kami bukan hanya berkongsi cerita di blog tapi dah macam satu keluarga!



Jumaat, 16 Oktober 2015

Cerita bergambar [10]

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni terpaksa MC, sakit perut melampau. Lebih 5 kali jadi teman setia tandas, salah makan apa pun tak pasti. Jadi kita rehat santai² je kat rumah!

Entri blog pun kita buat santai² jugak sambil mengimbas kembali kenangan masa lampau. Campak belakanglah kekonon. Kali ni nak imbas kenangan Mas dedulu sampailah sekarang. Banyak perubahan Mas alami, dari tak pandai jaga kulit muka dan kecantikan sehingga dah cun sikit sekarang. Dari malas jaga badan sehinggalah dah kurus sekarang. Hehehee!

Marilah tengok gambar kenangan Mas. Yang ada dari tahun 2008 hingga 2015 dan sekeping gambar masa anak dara. Jangan gelak ye tengok gambar dedulu!

1998, zaman anak dara

2008

2009

2010

2011

2012, masa mengandungkan Airis

2013

2014

2015

Khamis, 15 Oktober 2015

Demi keselamatan anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Sikap dan perangai anak² kadang kita tak boleh duga, terutamanya bila berada di luar rumah. Mungkin di rumah perangainya berbeza, mendengar kata dan duduk diam. Tapi bila di luar sikapnya berubah, ini mungkin kerana faktor persekitaran atau perasaan ingin tahu terhadap apa yang ada di luar rumah.


Macam kanak² seusia anak Mas si Airis, sikap dia bila berada di luar rumah memang berbeza sedikit. Dia akan lebih aktif dan tak mahu dipegang. Memang tak boleh lalai atau leka, nanti dia lagi laju dari kita. Dia memang pantang nampak eskalator, memang pantas dia lari ke arah eskalator tu. Pastu kalau pergi pasaraya dia memang suka lari², kadang nak kejar pun tak larat.

Biasanya Mas akan bawak stroller, tapi memang 10-15 minit je dia nak duduk dalam tu. Kadang letak dalam troli pun camtu, nanti dia pulak nak main tolak² troli. Bila dilarang nanti mulalah menangis menjerit². Huhhh penat mama dan babah dibuatnya. 

Jadi nak bagi dia rasa seronok, boleh tengok sekeliling dan keselamatan dia lebih terjamin inilah caranya. Memang tugas ni husband je boleh lakukan, tak kan mama pulak. Hehehee, penat sikitlah tapi kita lebih rasa lega sebab kita tau anak selamat. Daripada dia berlari kesana kesini dan kita marah dia, lebih baik buat cara camni kan? 



Rabu, 14 Oktober 2015

Selfie dengan Galaxy Note5

Assalamualaikum...(^ ^)


Perghhh flawless betul muka selfie dengan Galaxy Note5 ni.

Pasti semua dah tahu yang Galaxy Note5 dah berada di pasaran sekarang. Mas pun dah tengok kat kedai Samsung, memang smart sangat! Dari dulu lagi Mas memang pengguna setia Galaxy Note, dari Note1 dan sekarang pakai Note4.

Bukan kamera depan je cantik untuk selfie, kamera belakang pun cantik gambarnya. Bentuk Note5 pun nampak smart dan elegen sebab diperbuat dari metal. Bila pegang rasa kemas di tangan.

Ini pulak gambar dari kamera belakang Note5, cantik kan?


Nak menabunglah beli Note5, hehehee!

Selasa, 13 Oktober 2015

Oh My Jep : Si kucing glamour

Assalamualaikum...(^ ^)


Alololoo comel kan? Rasa nak lempang sebab comel sangat, hahahaa!

Inilah Oh My Jep si kucing glamour yang tengah popular sekarang. Ceritanya pernah terpampang di dada akhbar. Pengikutnya di facebook pulak dah cecah 100 ribu. Perghhh dasat kan, pengikut Mas nak cecah 1000 pun susah. 

Pemilik Jep ni memang pandai gayakan gambar dia dan muat turun di laman Facebook. Setiap kaletah dan karenah Jep semuanya mencuit hati, boleh hilang stress bila tengok. Memang terhibur tengok gambar² Jep, dahlah comel. Ehhh kena sebut hensem sebab Jep kan kucing jantan, hehehee!


Mas memang suka kucing tapi belum sampai tahap nak pelihara di rumah. Bukan tak mahu tapi takut tak terjaga nanti. Buat apa pelihara kalau makan minum dan kebersihan kucing tu tak terjaga kan? Tapi Mas puji sesiapa yang pelihara kucing di rumah dan jaga mereka dengan baik. Macam pemilik Oh My Jep, pasti dia terhibur dan seronok layan kaletah kucingnya.

Kalau kawan² nak tengok kehenseman Jep boleh like fanpage dia di Oh My Jep. Pemilik Jep jugak ada buat jualan baju dan kalender lagi bagi peminat Jep. Hasil dari jualan beliau akan salurkan kepada yang memerlukan, jadi bolehlah kita sama² sokong niat murni beliau. 

Oh My Jep, hensem betul awak!


Isnin, 12 Oktober 2015

Review filem Maze Runner : The Scorch Trials

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaa baru nak tengok sekuel kedua Maze Runner. Orang lain dah berabad tengok, hahahaa! Memang dah lama nak tengok tapi biasalah kekangan masa. Jadi semalam ada rezeki dapatlah tengok, nasib ada lagi main kat wayang.

Sebenarnya Mas tak tahu pun pasal sekuel Maze Runner sehinggalah tertengok sekuel pertamanya di Astro. Bila dah tengok menarik pulak cerita ni, terus tak sabar nak tengok sambungannya. Tapi kalau nak tonton sekuel kedua ni kena pastikan tonton yang pertama dulu, baru faham jalan cerita. Kalau tak nanti terkulat² dalam panggung sebab tak faham. 

Mas tak nak kongsi sinopsis filem ni sebab mesti ramai dah tahu dan dah tonton pun. Mas cuma nak kongsi review dari kacamata sendiri bila dah menonton Maze Runner : The Scorch Trials.


Review Maze Runner : The Scorch Trials
Bagi Mas plot cerita yang dipaparkan agak mendatar pada permulaan. Tetapi ia semakin menarik dan mendebarkan bila masuk babak mereka melarikan diri dari The Scorch. Adegan dikejar dan diserang oleh zombie cukup menakutkan sampai Mas sibuk dok jerit² suruh mereka cepat lari, hahahaa! 

Keseluruhan jalan cerita menarik dan senang difahami jika kita menonton dari sekuel pertama. Jadi ingat kena tonton dulu sekuel pertama. Tapi paling tak sangka bila ada pembelot di kalangan mereka.

Pengakhiran cerita memang tergantung dan akan ada sambungan lagi nanti. Kalau yang dah baca novelnya pasti tahu kan? 

7 bintang Mas bagi sebab boleh tengok tanpa rasa mengantuk!

Ahad, 11 Oktober 2015

Pemilihan akhir Sukan KKM 2015

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam pasukan Boling Putrajaya Ibu Pejabat KKM telah mengadakan sesi pemilihan akhir untuk kontijennya. Pemilihan ini untuk Sukan KKM yang akan diadakan di Sarawak tahun 2016. Kontijen yang diperlukan ialah 12 orang untuk pasukan lelaki dan 12 orang untuk pasukan wanita.

Jadi Mas pun cubalah nasib, mana tau ada rezeki terpilih ke Sarawak. Sambil bersukan sambil makan angin, hehehee!

Turun ke gelanggang boling memang tak berbekalkan latihan langsung, berserah kat nasib je. Tapi tak sangka walaupun dah 3 bulan tak berlatih tapi cara bermain tetap bagus. Masih mampu capai average lebih dari 130. Walaupun bukan satu pencapaian yang terbaik tapi corak permainan takdelah teruk sangat. Cuma Mas perlu latihan yang kerap dan konsisten!


Setelah berhempas pulas main, inilah hasilnya. Berjaya duduki tempat ke-5. Dah cerah peluang nak ke Sarawak, cuma kena tunggu lagi satu kejohanan pada 14 November nanti. Kalau berjaya kekalkan kedudukan 12 terbaik maka tiket nak ke Sarawak dalam genggaman dah.

Jadi mulai minggu depan kena berlatih, berlatih, berlatih dan berlatih. Mantapkan lagi teknik dan cara balingan. Pelajari lagi strategi bagaimana nak kejar strike dan spare. 

Gilap bola dan bersedia untuk training, ehhh!


Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

10 Oktober 2015 telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara. Pada tarikh ini seluruh negara akan mengadakan hari sukan. Baik jabatan kerajaan, swasta, komuniti mahupun sekolah, semuanya mengadakan aktiviti sukan.


Aktiviti yang diadakan tak semestinya acara sukan di padang tetapi pelbagai aktiviti boleh diadakan. Janji kita bersukan! Di tempat kerja Mas mereka adakan aktiviti Gegar 10000 Langkah sempena Hari Sukan Negara. Ada aktiviti jalan kaki, aerobik, aerodance, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi. Di sekolah anak² pun ada juga aktiviti sukan dijalankan.

Bagi Mas bagus diadakan aktiviti sebegini setiap tahun. Sekurang²nya masyarakat tahu yang aktiviti sukan itu penting untuk amalkan cara hidup sihat. Takdelah asyik beriadah di rumah sambil menonton TV dan melayan gajet je. Pastu bila dah bosan makan dan tidur, camne nak sihat!

Mas terlibat dengan Hari Sukan Negara jugak, tapi sukan boling. Sebenarnya tak kisah sukan apa yang kita lakukan janji keluar peluh dan kita bersukan untuk kesihatan.

Selamat Hari Sukan Negara!

Jumaat, 9 Oktober 2015

Tempat impian anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² bila dah besar memang ada tempat impian yang mereka nak pergi. Kalau dedulu masa kecik ikut je ke mana kita bawak, tak membantah pun. Bila dah dewasa pandailah mintak. Setiap masa dok bodek mama dan babahnya.

Mas bukan tak nak tunaikan impian mereka tapi tunggu ada rezeki lebih, Mas tetap akan bawak. Buat masa sekarang masih belum ada rezeki dan bajet. Anak dah 3 orang, jadi kena fikir kos yang perlu ditanggung. Lagilah sekarang taraf hidup semakin tinggi, jadi bila nak berbelanja tu kena fikir 10 kali.

Inilah tempat impian yang mereka nak pergi sangat. 


Legoland Malaysia
Memang seronok kalau dapat bawak anak² ke tempat ni, memang syurga bagi mereka. Dapat cuba pelbagai permainan dan bersukaria di taman tema air. Pastu anak² boleh cuba permainan lego yang disediakan. Mas pun teruja bila tengok gambar tempat² menarik di sana, inikan pulak anak² kan?

KidZania Malaysia
Haaa ini lagilah mereka teruja nak pergi. Mana taknya mereka boleh rasai sendiri pengalaman alam pekerjaan. Boleh jadi bomba, polis, doktor, juruterbang dan pelbagai lagi. Memang bagus untuk pembelajaran anak² Mana tau dari situ mereka boleh tahu apa kerjaya yang sesuai dengan mereka.


Sedih jugak bila kenangkan tak dapat lagi nak tunaikan impian anak². Moga ada rezeki Mas untuk bawak mereka ke tempat impian ni. Doakan mama sentiasa murah rezeki ye anak²!

Khamis, 8 Oktober 2015

Boling oh boling

Assalamualaikum...(^ ^ )


Sabtu ni dan 14 November nanti. Mas cuba nasib masuk, mana tau ada rezeki terpilih ke Sarawak tahun depan. Kalau ikutkan mood nak main boling dah ke laut, dah takde hati dan perasan nak main. Tak tahu kenapa?

Kalau dedulu pantang ada kejohanan mesti teruja nak masuk. Tiap² hari turun latihan lepas waktu pejabat, kadang sampai pukul 1 pagi balik rumah. Terasa semangat dan keseronokan di situ. Kawan sepasukan yang turut serta pun best, main santai² tanpa rasa stress!

Tapi pasukan sekarang lebih nak kejar kepada kemenangan, setiap kali main mesti nak menang besar. Kalau kalah disebabkan salah seorang ahli pasukan sanggup bermasam muka. Haaa memang tak seronoklah camtu, memang habis hilang semua keseronokan nak bermain. 


Mas akui setiap kali masuk kejohanan mestilah nak menang, siapa tak nak hadiah kan? Tapi tak boleh terlalu letak harapan yang tinggi sebab takut bila kalah kita tak boleh terima. Biarlah kita main dengan hati yang seronok dan tenang serta anggap ianya seperti latihan. Ada rezeki menang pasti kita akan menang. Yang penting kita main dengan cara dan teknik yang betul.

Main boling ni sebenarnya ikut nasib. Kalau kita main sungguh² camne pun, ikut teknik dan cara yang betul pun tapi kalau takde rezeki kita tak boleh kata apa. Sedangkan pemain boling negara pun ada masa teknik mereka tak menjadi, ada je yang tak kena. Hampir 13 tahun dah Mas main boling, jadi memang situasi camni sering terjadi. 

Cuma yang penting kita kena rajin berlatih untuk mantapkan cara permainan. Insya Allah rezeki tu ada dan kita pasti menang!

Harap² ada rezeki Mas Sabtu ni walaupun tak berlatih langsung, hahahaa!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com