mrs secretary

Isnin, 30 November 2015

Gegar Vaganza 2 : Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tema RockDut di minggu suku akhir memang tidak menghampakan. Semua peserta memberikan persembahan yang sangat luar biasa dan cukup mantap! Artis undangan yang membuat persembahan pembukaan dan penutup jugak tidak kurang hebatnya, cukup menghiburkan. 


Persembahan terbaik malam suku akhir adalah milik Haiza dan Faradhiya. Haiza memang tak pernah mengecewakan, setiap minggu dia janjikan kelainan dalam persembahannya. Walaupun dia dapat lagu dangdut yang memang makanan dia tetapi persembahan lagu Kopi Dangdut tu memang kebabom! Gabungan muzik rock dan dangdut dalam lagu tu cukup menghiburkan, ditambah lagi dengan kehebatan vokal Haiza yang bagus. 

Diberi lagu Metallica mula Mas ingat Faradhiya tak dapat sampaikan lagu itu dengan baik, lagilah dengan keadaan dia yang tak sihat. Namun jangkaan Mas meleset kerana dia mampu membawa lagu Enter Sandman dengan baik persis penyanyi rock. Persembahannya cukup bertenaga dan garang bak kata Tok Ramli MS, hehehee! Bagi Mas kedua²nya mampu merebut takhta juara kerana setiap minggu mereka konsisten dan berikan persembahan yang mantap.


Minggu separuh akhir nanti bakal menyaksikan 7 orang peserta akan berentap apabila Acong Sweetchild selamat dari penyingkiran dengan bantuan imuniti. Memang Mas tak setuju Acong tersingkir sebab persembahan dia sangat bagus setiap minggu. Berbaloi imuniti tu diberikan kepada dia, calon juara jugak ni!

Ini lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta minggu separuh akhir dan temanya ialah Karok Tarik. Wahhh ini akan menguji kemampuan setiap peserta untuk menyanyikan lagu yang bernada tinggi. 

Azian Mazwan Safuan | Sedalam Mana Cintamu (Safura)
Ezad Lazim | Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
Faradhiya | Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (Ramlah Ram)
Haiza | Flora Cinta (Min Malik)
Nassier Wahab | Biar Putih Tulang (Dinamik)
Siti Nordiana | Mengapa (Nicky Astria)
Acong Sweetchild | akan diumumkan kemudian

Jumaat, 27 November 2015

Restoran Thai Tom Yam Kung

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dan keluarga memang suka makan masakan panas. Jadi memang kami akan cari restoran yang sediakan set masakan panas² dari dapur mereka. Barulah berselera tekak nak makan kan?


Restoran Thai Tom Yam Kung
Dah lama Mas dengar pasal restoran ni tapi tak pernah lagi cuba makan kat situ. Kebetulan 24hb yang lepas kami nak sambut birthday Airis, jadi teringin nak makan besar. Mas pun ajak husband cuba makan kat restoran ni yang terletak di Ayer@8 Putrajaya.

Kami ambil set lunch untuk makan 4 orang yang berharga RM109 sahaja. Ada 4 nasi putih, 3 lauk, 1 tom yam, 1 sayur, ulam-ulaman dan 1 jug air dengan pilihan samada jus oren atau jus tembikai. Kami tambah sepinggan kerabu dengan harga RM7 je, memang berbaloi!

Inilah menu² yang dihidangkan untuk kami.

Ikan Siakap Tiga Rasa

Daging Masak Kicap Berlada

Ayam Gajus

Tom Yam Kung

Kangkung Goreng Tepung

Kerabu Kacang Botol

Ulam-Ulaman

Semuanya sedap² terutama Tom Yam Kung tu, cukup rasanya. Memang puashati makan dan harga pun berpatutan. Nanti boleh datang lagi! Nak makan Pulut Mangga dia pulak sebab ramai yang cakap sedap sangat.

Khamis, 26 November 2015

Raikan Airis

Assalamualaikum...(^ ^)


Gembira dia dapat potong kek dan makan kek hari jadi. Tahu sangat hari tu hari jadi dia, siap nyanyi lagu happy birthday sambil potong kek!

Begitulah kami raikan Airis hari Selasa lepas sempena hari jadi dia yang ketiga tahun. Buat biasa² je, keluar makan dan beli kek. Janji anak² seronok dapat makan sedap² dan dapat makan kek. Itu dah cukup buat mereka gembira. Kami makan di Restoran Thai Tom Yam Khoong, order set lunch yang super duper sedap pastu habis makan baru potong kek. Memang sedap makan kat restoran ni, nanti Mas cerita ye.


Habis raikan dia, misi mencari hadiah pulak. Dah tanya dia nak hadiah apa, terus cakap Airis nak basikal merah macam kereta mama. Hehehee! Amboi kemain lagi, suka merah macam mama jugak.

Tengoklah, seronok dapat basikal merah baru. Tapi belum pandai kayuh sangat, masih dalam proses pembelajaran. Nanti dah pandai kayuh, ligatlah dia pusing keliling taman.


Rabu, 25 November 2015

Juzfit : Untuk diet anda

Assalamualaikum...(^ ^)

Teringin nak berdiet tetapi tak tahu supplemen apa yang sesuai. Mari Mas perkenalkan supplemen terbaik untuk kawal selera makan anda serta dapat mengawal berat badan. Yang pastinya ia jugak membuatkan badan lebih cergas dan bertenaga sepanjang hari.


Juzfit : Untuk Diet Anda
Ia merupakan formulasi terbaik dari 100% bahan semulajadi dengan gabungan 7 ekstrak buah-buahan semulajadi serta makanan sunnah. Antara bahan utamanya ialah Garcinia Cambogia, Acai Berry, Prun dan Kurma. 

Sebagai minuman kesihatan Juzfit dapat membantu dalam program diet anda. Antaranya kebaikan dan khasiat Juzfit ialah:
1. Membakar lemak 200% lebih efektif
2. Mengawal selera makan dan anda akan merasa tidak selalu lapar
3. Menambah tenaga
4. Membaiki sistem pencernaan (lawas)
5. Meningkatkan imunisasi badan
6. Sebagai anti oksidan dan mengoptimalkan proses detox


Wahhh banyak kelebihan Juzfit dan cara pengambilannya jugak sangat mudah. Hanya minum 1 sudu pagi 15 minit sebelum sarapan dan 1 sudu malam 15 minit sebelum makan malam. Tapi ingat setiap kali ambik apa² supplemen pun wajib minum air kosong secukupnya. Pastu kena jaga pemakanan dan lakukan senaman, barulah dapat kesan yang terbaik! 

Jadi jika ingin impian berdiet anda berjaya boleh cuba minum Juzfit. Ianya dijamin halal dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan.



Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi:

No. Telefon: 016-6606890 | 016-6656490
Instagram: @juzfitofficial
Harga: RM75 (Semenanjung Malaysia) | RM80 (Sabah & Sarawak)
[harga tidak termasuk kos penghantaran]

Amaran: Juzfit dilarang untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.


Selasa, 24 November 2015

Nur Airis Arissa : 3 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

SELAMAT HARI LAHIR AIRIS


3 tahun dah dia.
Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bijak. Dah pandai berdikari sendiri sebab semuanya dia nak buat sendiri. Toilet training pun dah lulus, cuma waktu tidur je masih pakai diapers. 

Bab pembelajaran dia dah pandai baca 123, ABC dan Alif Ba Ta. Cuma menulis tu masih belum pandai, dalam proses pembelajaran lagi. Bercakap memang petah sangat, macam orang dewasa

Dengan kakak dan abangnya memang rapat. Kalau diaorang takde mesti tanya, pastu kalau nak beli apa² makanan mesti ingat kakak dan abang dia.


Pastu suka sangat baby, kalau nampak baby siap lompat² gembira. Yang tak menahannya siap cakap dalam perut mama ada baby lagi. Ehhh sangat kan kamu Airis, hahahaa!

Doa mama moga kamu membesar jadi anak yang berguna!

Isnin, 23 November 2015

Gegar Vaganza 2 : Minggu Keenam

Assalamualaikum...(^ ^)

Semakin sengit pertandingan para peserta di Gegar Vaganza 2. Minggu ke-7 nanti hanya 7 peserta sahaja yang tinggal setelah Nizam Laksamana tersingkir pada minggu ini. Ternyata kekuatan vokalnya tidak mampu membuatkan dia bertahan hingga ke minggu terakhir. Mungkin persembahannya yang kurang menyengat tidak mampu memikat hati juri. 


Pada awal konsert minggu ini memang gimik GV2 menjadi bila penonton ingatkan Kak Engku dan Salih Yaakob yang akan jadi pengacara. Mas pun dah rasa tak seronok sebab hanya Nabil dan Jihan yang layak mengacarakan GV2 ni. Tapi bila kepulangan mereka diumumkan terus dewan kembali gamat, barulah bergegar konsert Gegar Vaganza. Hehehee!

Dengan tema lagu Kenangan Terindah semua peserta memberikan persembahan terbaik tetapi yang menjadi pilihan Mas pada minggu ke-6 ialah persembahan Faradhiya. Dia menyanyikan lagu Di Mana Kan Kucari Ganti dengan penuh penghayatan dan gayanya yang tersendiri. Walaupun melodi dan rentak lagu diubah sedikit tetapi cara dia menyanyikan lagu itu tetap memukau. Vokal jangan cakaplah, memang mantap menyengat!


Lagu minggu ke-7 lebih menarik iaitu dengan tema Rock Dangdut. Wahhh memang tak sabar nak tengok peserta yang tak pernah menyanyi genre muzik ni beraksi. Inilah pilihan lagu² untuk mereka. 

Siti Nordiana | Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)
Ezad Lazim | Nakal (Gigi)
Faradhiya | Enter Sandman (Metallica)
Nassier Wahab | Camelia 2 (Ebiet G. Ade)
Haiza | Kopi Dangdut (Fahmi Shahab)
Acong Sweetchild | Hilang Naluri (Once)
Azian Mazwan Safuan | Ini Rindu (Farid Hajra feat Lucky Resha)

Perghh Faradhiya akan nyanyi lagu Metallica, mesti hebat persembahan dia. Jangan lupa tonton tau!

Khamis, 19 November 2015

Tidak janjikan hadiah mahal

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas Atikah dapat keputusan cemerlang dalam UPSR ramai jugak kawan² bertanya apa hadiah Mas belikan untuk dia. Ada jugak yang beranggapan pasti hadiah mahal yang Mas janjikan. Maklumlah anak sulung dan dapat 5A pulak tu. Itulah tanggapan setiap orang, kita tak boleh nak halang kan?


Tapi sejujurnya memang Mas dan husband tak janjikan apa² hadiah untuk dia, baik mahal atau pun murah. Apa yang kami mahu dia dapat keputusan yang baik yang boleh janjikan masa depan yang cerah untuk dia. 

Hadiah memang kami bagi jugak tapi selepas dah tahu keputusan dan kami belikan apa yang dia mahu. Mas bagi hadiah bukan sebab dia dapat 5A sahaja tapi sebagai penghargaan atas usaha keras dia selama ini. Kalau dia tak dapat satu A sekali pun Mas tetap akan bagi hadiah jugak.


Inilah hadiah yang jadi pilihan Atikah, dah lama dia nak beli monopoly set ni. Minat sangat dengan permainan ni, moga² jadi businesswoman nanti!

Jadi tak salah nak bagi hadiah sebagai bonus dan penghargaan atas kecemerlangan anak² cuma biarlah berpada. Jangan terlalu janjikan dengan kemewahan! Cukuplah hadiah yang boleh buat dia gembira dan rasa disayangi serta dihargai.

Rabu, 18 November 2015

Coretan UPSR 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, berakhir sudah penantian anak² yang menunggu keputusan UPSR semalam. Tahniah pada yang dapat keputusan cemerlang dan pada yang tidak jangan putus asa, ibu bapa pasti tetap bangga. Apa jua terima dengan hati terbuka kerana ini baru permulaan, perjalanan masih jauh!


Tahniah jugak kepada anak Mas, Atikah. Memang tak duga dia beroleh keputusan cemerlang 5A. Dia target subjek Sains akan dapat B sebab soalan susah tapi syukur rezeki menyebelahi dia. Berkat usaha belajar siang malam serta doa dari Mas dan husband, Allah beri dia kejayaan. 

Semalam pun diadakan jugak Majlis Graduasi Tahun 6 bersekali dengan pengumuman keputusan UPSR. Memang berdebar jugaklah tunggu dari pukul 8.30 pagi. Mas semak jugak melalui SMS tapi lambat dapat keputusannya sebab line sibuk, maklumlah ramai sangat yang tak sabar nak tengok keputusan anak². Dah pukul 12 lebih baru dapat tengok slip keputusan, lega rasa!


Hala tuju dia ke sekolah menengah memang Mas tak buat perancangan lagi, cuma adalah Mas mohon dia ke Sekolah Rancangan Khas. Sekolah Berasrama Penuh dengan MRSM memang tak mohon pun. Tapi takpe Mas bagi peluang dia berfikir dulu, Mas dengan husband tak nak paksa. Biar dia cuba buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, bagi Mas sekolah dimana² pun sama.

Sedikit gambar kenangan manis semalam. Memori terindah ni!








Isnin, 16 November 2015

Gegar Vaganza 2 :Minggu Kelima

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk minggu kelima program Gegar Vaganza 2. Mas memang ikuti konsertnya tiap² minggu cuma minggu lepas tak sempat nak update. 


Setelah 5 minggu berentap seorang lagi penyanyi telah tersingkir. Amir Ukays telah mengikuti jejak langkah Sheeda yang tersingkir minggu lepas. Memang persembahan Amir kurang memukau sejak mingggu pertama lagi. Lagu² yang dinyanyikan kurang menguji kemampuan suara beliau. Persembahan pun nampak biasa² dan kurang mencuri tumpuan juri dan penonton. 

Persembahan yang paling menyerlah pada minggu kelima ni ialah Haiza. Dia dapat menyanyikan lagu Rela dengan baik sekali. Vokal dan persembahannya memang cukup memukau dan dapat memikat hati juri. Setelah 5 minggu mengikuti konsert ni memang Mas akui persembahan Haiza sentiasa bagus dan konsisten. Setiap minggu dia berjaya menyanyi dengan baik dan juri pun berpuashati. Nampaknya walaupun dalam genre dangdut tetapi dia mampu buktikan yang dia penyanyi versatile! 


Peserta lain seperti Nassier Wahab, Acong Sweetchild dan Faradhiya jugak mempunyai vokal yang mantap. Lagu yang mereka sampaikan jugak mendapat komen bagus dari juri. Jadi sememangnya mereka layak ke minggu seterusnya.

Hanya 8 orang yang akan berentap di minggu keenam nanti dan dengan tema Kenangan Terindah inilah pilihan lagu untuk mereka.

Siti Nordiana | Aku Tak Akan Bersuara (Nike Ardilla)
Faradhiya | Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
Ezad Lazim | Cinta Melankolia (Aan)
Nassier Wahab | I'll Be There (The Jackson 5)
Haiza | Patahnya Sayap Malam (Massa)
Nizam Laksamana | Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)
Acong Sweetchild | Benci Tapi Rindu (Diana Nasution)
Azian Mazwan Sapuan | Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)

Wahhh mencabar jugak lagu yang diberikan, tak sabar nak tengok kekuatan vokal dan persembahan setiap peserta di Konsert Ke-6 nanti.

Terpilih ke Sarawak

Assalamualaikum...(^ ^)

Berakhir sudah pemilihan pasukan boling Ibu Pejabat KKM ke sukan di Sarawak. Semua yang bertanding memang hebat² tetapi hanya 10 lelaki dan 10 wanita sahaja yang dipilih. Yang tak terpilih tak perlulah sedih sebab semuanya dah bermain sehabis baik, cuma tak ada rezeki je!

Mas pun tak taruh harapan tinggi untuk terpilih sebab tau saingan memang hebat. Tapi tak nak menyerah kalah dulu, main sehabis baik dan gunakan kemahiran yang ada. Tapi alhamdullilah, rezeki berpihak pada Mas! Masa main pemilihan pertama dulu memang kurang menyerlah, dapat tempat kelima je. Tapi semalam Mas main dengan tenang dan fokus, berjaya dapat tempat kedua. Jadi layak dan terpilih ke Sarawak.


Kutipan mata pun agak memuaskan kali ni, berjaya kekalkan jatuhan pin 120 ke atas. Average pulak Mas berjaya capai 150. Tapi kena lebih usaha sebab kapten dah mintak semua kekalkan mata 150 ke atas untuk setiap games semasa latihan nanti. Latihan pun minggu depan dah mula.

Tahniah pada semua yang berjaya ke Sarawak. Kita berlatih bersungguh² dan kekalkan prestasi. Kalau boleh nak pasukan boling IPKKM raih pingat dalam semua kategori.



Sabtu, 14 November 2015

Review filem 007 : Spectre

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila sebut 007 pasti dah tau itu filem James Bond. Bagi yang dah menonton sekuel filem ni pasti tak ketinggalan menonton sekuel terbaru 007 : Spectre. Mas dah menontonnya, mari baca review.


Sinopsis filem
Misi James Bond kali ini ialah mengenai pencarian dalang Spectre iaitu Franz Oberhauser yang ingin membalas dendam kepadanya. Namun Bond terpaksa bertindak sendiri pada awalnya apabila program Double 0 ingin dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu. Sementara itu rakan setugasnya di London berjuang untuk mempertahankan program Double 0 dari peralihan kuasa ketua baharu iaitu C yang merancang untuk menggantikan dengan program baharu.

Review 007 : Spectre
Sejujurnya bagi Mas jalan cerita agak meleret dan sedikit bercelaru. Kalau kita tak menonton filem sebelum ini iaitu Skyfall pasti agak keliru sikit dengan jalan ceritanya. Aksi² hebat dari Bond agak kurang berbanding filem² terdahulu. Gajet yang digunakan oleh Bond pun agak kurang menarik.

Namun elemen dramatik dalam beberapa babak terutamanya melibatkan watak ketua penjahat yang psiko wajar diberi pujian. Ia penuh dengan elemen suspen sehingga membuatkan Mas pun berdebar² menontonnya. Keseluruhan filem 007 kali ini agak baik namun tak sehebat filem² sebelumnya.

7 bintang untuk 007 : Spectre!

Khamis, 12 November 2015

Inteemor : Rahsia kesihatan & kejelitaan wanita

Assalamualaikum...(^ ^)

Mari dekat mari rapat, Mas nak kongsi satu produk terbaru dari Ephyra yang dah jadi teman kesihatan dan kejelitaan Mas sekarang. Mas kongsi sebab Mas dah rasa kebaikan dan keberkesanannya. Memang banyak khasiatnya kepada wanita, rugi tau tak cuba!


Inteemor | Rahsia Kesihatan & Kejelitaan Wanita
Ia dihasilkan dari 16 herbal pilihan yang memang mengandungi pelbagai jenis khasiat. Herbal pilihan tersebut adalah Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Kolagen, Kunyit, Dong Qui, Akar Serapat, Habbatussauda, Buah Tin, Aprikot Seed, Acai Berry, Delima, Aloe Vera, Durian Belanda, Sireh dan Madu. Wahhh semuanya herbal semulajadi, jadi sudah pasti khasiatnya terbaik.


Khasiat Inteemor sesuai untuk wanita berkahwin, anak dara yang berumur 18 tahun ke atas, wanita berpantang dan ibu yang menyusukan anak. Memang banyak khasiat dan kelebihannya baik untuk luaran dan dalaman wanita. Tapi ianya tidak boleh diminum oleh ibu mengandung dan wanita yang dalam haid. Inilah antara khasiat dan kelebihan Inteemor.


Mas dah amalkan pengambilan Inteemor selama 3 minggu dan kesannya terhadap diri Mas memang memberangsangkan. Badan lebih bertenaga bila bangun dari tidur setiap pagi walaupun tidur lewat. Sistem penghadaman pun sangat lancar dan angin dalam badan pun dibuang dengan lancar.

Satu kesan yang paling ketara Mas rasa badan tak penat langsung walaupun setiap hari Mas hanya tidur 4 jam. Pastu ia sangat bagus untuk Mas yang berdiet sebab ia membantu mengawal berat badan dan boleh kempiskan perut buncit. Kesannya kepada hubungan intim suami isteri pun sangat bagus, senyum lebar sokmolah husband. Hehehee! 

Cara pengambilan senang je, tak perlu bancuh pun. Hanya minum 2 kali setiap hari sebelah pagi dan malam samada sebelum atau selepas makan. Ini cara pengambilan mengikut kategori umur.
(i) Wanita berusia 18-29 tahun : Minum 1 sudu besar 2 kali sehari
(ii) Wanita berusia 30 tahun ke atas : Minum 2 sudu besar 2 kali sehari


Tapi perlu ingat semasa nak minum Inteemor dinasihatkan guna sudu plastik kerana ia mengandungi madu, jadi dikhuatiri jika guna sudu besi khasiatnya akan berkurangan. Selepas dibuka pulak kena simpan dalam peti sejuk. Pastu untuk mendapatkan kesan yang efektif kenalah minum secara berterusan dan jangan lupa minum air masak secukupnya.

Ini antara testimoni dari pengguna Inteemor. Semua memberikan feedback yang positif selepas menggunakan Inteemor terutamanya terhadap kesihatan dalaman wanita.


Rugi tau kita sebagai wanita tak cuba Inteemor. Lagi pun Mas sendiri dah rasa kesan dan khasiatnya, memang terbaik! Tapi kena ingat jangan harapkan kesan yang cepat sebab hormon setiap orang tak sama. Jadi cuba minum dulu sebotol baru boleh rasa khasiatnya terhadap diri kita.

Jika nak rasa jugak khasiat Inteemor bolehlah order dan dapatkan maklumat lanjut mengenainya di:
Facebook: www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram: www.instagram.com/ephyra2u
Hotline Ephyra: 019-3999238 | 03-41417889
Harga: RM49 (tidak termasuk pos)

#makinmanis #makinmantap dan #suamimakinsayang dengan INTEEMOR!


Rabu, 11 November 2015

Taktik penipuan internet banking

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh nasib baik Mas ni kuat perasaan curiga dan tidak mudah percaya kalau sesuatu melibatkan duit. Pastu nasib baik jugak ada rakan blogger yang bekerja di bank untuk Mas rujuk, terima kasih Faziera. Kalau tak kena tipu bulat² dan lebur je kamera Nikon tu.

Ceritanya camni, husband Mas ada iklankan dalam Mudah untuk jual Kamera Nikon. Pastu semalam ada seorang mat salleh ni whatsapp kata berminat nak beli kamera tu. Jadi husband pun berunding dengan dia dan dia pun berminat nak beli. Kami pun mintak dia masukkan dulu duit pembayaran dalam akaun baru kami betul² yakin yang dia nak beli. 

Pastu dia pun setuju dan katanya dah masukkan RM1,150 dalam akaun Mas. Dia beritahu pihak bank ada emelkan maklumat transaksi. Mas tengok kat emel memang ada tapi bila tengok kat akaun bank takde pun duit masuk. Bila kami tanya dia kata duit akan dikreditkan dalam akaun bila kami dah bagi dia trackking number penghantaran barang. Ini emel yang dia kata pihak bank sana dah transfer duit kat kami, bila Mas baca pun susah nak percaya!


Haaa masa tu Mas dah sedikit curiga sebab rasanya kalau internet banking mesti duit akan dimasukkan terus dalam akaun. Pastu dia cakap, Mas jangan semak dengan pihak bank pasal transaksi tu. Masa ni memang dah syak dia nak menipu! Husband pulak macam dah percaya tapi Mas yakinkan dia supaya jangan percaya dulu, kena semak dengan bank atau orang yang lebih arif. Bila Mas rujuk dengan kawan yang kerja bank memang sah ia satu penipuan!

Ya Allah, kami bernasib baik sebab tak terus percaya bulat². Memang ia jadi pengajaran pada kami supaya lebih berhati² dalam urusan internet banking ni. Kalau Mas dengan husband tak curiga memang kami dah hantar kamera tu sebab kami memang perlukan duit. Hurmmm tak pasal² kamera lebur dan duit pun tak dapat. Syukur alhamdulillah kami tak bertindak terburu² dan tak bagi maklumat yang sulit kepada dia.


Ingat kawan² taktik penipuan internet banking ni macam² sekarang. Jadikan kisah Mas sebagai pengajaran dan teladan. Cukuplah kami je hampir tertipu! 

Ahad, 8 November 2015

Detinasi percutian pilihan

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronoknya tengok kawan² dapat peluang bercuti ke luar negara. Kalau Mas dan keluarga ada peluang memang teringin nak bercuti ke sana. Mas teringin nak pergi ke Korea, Dubai dan Agra di India. Moga ada rezeki kami!

Tapi selain luar negara di Malaysia pun ada destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Jangan ingat kat luar negara je ada tempat indah dan cantik, Malaysia pun ada. Bagi Mas destinasi percutian pilihan di Malaysia yang paling suka dilawati ialah Langkawi dan Sabah. Pergi banyak kali pun tak pernah rasa bosan.


Langkawi dah 3 kali Mas pergi, memang syurga membeli belah yang paling seronok seperti pinggan mangkuk yang murah, coklat yang beraneka jenis serta barangan lain yang semuanya murah². Bawak duit RM1000 pun memang boleh habis sekelip mata, hehehee!

Pastu satu lagi destinasi pilihan Mas ialah Sabah, dah 3 kali jugak pergi ke sana. Tahun depan kali keempat Mas akan bercuti bersama keluarga di Sabah. Tak bosan ke dah berkali² bercuti disana? Sememang tak bosan langsung, sentiasa seronok dan puas hati.



Jadi di mana destinasi percutian kita baik dalam atau luar negara semuanya ada tarikan tersendiri!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com