Terkini dan Sensasi

Ahad, 3 Januari 2016

2016 tahun mencabar

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ketiga di tahun 2016 baru dapat menulis kembali di blog kesayangan. Tahun ni genap 6 tahun blog ini bernyawa, selagi tuannya bernyawa kan? Alhamdulillah tahun lepas banyak jugak dapat hasil dari blog, bolehlah sebagai pendapatan sampingan untuk sara anak² dan diri sendiri. Moga tahun 2016 ni ada lagi rezeki dia dan Mas. 

Bila melangkah ke tahun baru pasti akan banyak cabaran yang menanti, sama ada dapat atau tidak kita hadapinya. Setiap tahun ada cabaran tapi Mas rasa tahun 2016 ni memang lebih mencabar. Lagi² dari segi kewangan, sana sini perlukan duit. Yang paling utama dan banyak gunakan duit bila anak² kembali ke sekolah. Mas baru 2 anak bersekolah dah terasa, camnelah kawan² yang anak 4-5 orang bersekolah, lagi perlukan banyak duit kan?


Beli baju sekolah dan kelengkapan sekolah untuk 2 orang pun dah habis hampir RM1000. Pastu kalau ada rezeki Atikah dapat sekolah asrama penuh kosnya lagi besar, hampir RM2000. Nak kira tak mampu serius Mas cakap memang tak mampu tapi kena usaha demi anak². Setiap anak tu ada rezekinya jadi pasti akan ada! Kita usaha, doa dan tawakal.

Ditambah pulak dengan harga barang naik, tol naik, minyak naik dan kos sara hidup makin tinggi, lagilah lebih mencabar. Jadi kena ambil langkah berjimat cermat, jangan terlalu berbelanja membabi buta. Khaskan duit untuk apa yang lebih perlu dan kena ada simpanan, ini penting! Menabung kena konsisten walaupun sedikit demi sedikit janji ada. Macam Mas ada menabung untuk anak² tapi tak berapa konsisten. Bila dapat duit raya baru tambah, tiap² bulan memang takde tambah. Jadi tahun ni kena mula walau apa keadaan sekali pun sebab duit dah jadi segalanya.

Moga kita lebih berjaya dan bersedia dengan cabaran 2016.

4 ulasan:

  1. Aamiin... btl tu mas sekarang ni menabung sgt ptg kan... semoga mas berjaya di dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  2. amin... semoga azam kak mas utk tahun 2016 nie tercapai..sama2 kita doakan...

    BalasPadam
  3. takut dgn keadaan ekonomi skang ni..nk tmbh anak pun takut rase,,huhu..tp semua tu rezeki kan..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...yer betul tu..:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com