Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 8 Januari 2016

Cerita bergambar [11]

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhh 2 hari tak menulis di sini. Tepu kepala otaklah, takde langsung idea nak cerita apa pun. Mungkin mood tahun baru lagi, hehehee!

Hari ni takde idea jugak nak membebel apa, jadi kita layan cerita bergambar je. Janji blog tak berhabuk tanpa update kan?

1. Ini antara koleksi VCD kesayangan Mas. Semestinya koleksi filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan. Nak buat camne dah peminat tegar SRK, hehehee! Jangan tak percaya Mas boleh layan 2-3 VCD dalam satu masa kalau datang kemaruk nak tengok hindustan dan SRK. Haaa kau mampu!



2. Habit Airis setiap kali nak minum susu, mesti ada bantal busuk dia. Pastu dok main bucu bantal tu dengan ibu jari sampailah habis susu sebotol. Lagi satu sekarang ni mesti ada Bobo dia dok letak kat sebelah sebagai peneman. Macam² perangai ko dik!



3. Haaa memang demam Dilwale kooo! Dah 3 kali masuk panggung tengok filem ni, memang pertama kali dalam sejarah tengok filem yang sama 3 kali kat pawagam. Tapi masih tak puas tengok kehenseman SRK dan kecantikan Kajol, cair gila. Sekarang dah download kat tab, jadi hari² dok ulang tengok. Kau mampu gak ke? Hahahaa! 





4. Besar sungguh dah anak dara Mas ni, nak sama tinggi dengan mama dah. Baru nak masuk umur 13 tahun tu. Kalau orang tak tahu ingat dah tingkatan 3. Tapi takpe jugak camni, nanti orang ingat kakak dengan adik kan. Kannnnn?



5. Airis dan motor memang tak dapat dipisahkan, kalau boleh tiap² hari nak ronda² naik motor walaupun hanya keliling taman. Kalau tak bawak siaplah dia mengamuk melalak satu rumah. Pastu kalau dia dah naik motor tu jangan harap mama nak tumpang bonceng kat belakang, siaplah kena marah. Hanya dia dengan babah je boleh naik. Kemain kan ko dik!


2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com