Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 11 Januari 2016

Demam Dilwale

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang mencipta sejarah, 4 kali masuk panggung dek kerana Dilwale. Korang mampu ke buat camni? Atau korang lagi dahsyat dari Mas, lebih 5 kali masuk panggung. Hahahaa!


Sebab apa sampai sanggup 4 kali masuk pawagam, dek kerana kehenseman Shah Rukh Khan dan kecantikan Kajol ke? Itu memang diakui tapi ada sebab lain ia menarik minat Mas pada filem ni. Ini pendapat Mas yang memang peminat hindustan, sebab dah banyak filem hindustan yang Mas tengok tapi Dilwale ada kelainan. Kalau yang berbeza pendapat tu tak payah nak sentap sangat!

Memang kalau ikutkan jalan cerita dia macam takde mesej yang disampaikan tapi ceritanya mudah difahami dan ringan. Takdelah macam filem lain yang sarat dengan babak yang kadang tu meleret dari cerita asal. Sebab tu Mas boleh layan tanpa rasa jemu! Pastu lagu pun sangat sedap didengar sampai hari² nak pasang. Walaupun lagu Gerua dan Janam Janam tu pendek tapi melodi dan senikatanya sampai ke jiwa. 


Hindustan ni kadang memang tak lari dengan adegan tangkap leleh sedu sedan kan tapi Dilwale lain sikit. Memang takde babak tangkap leleh tapi walaupun camtu tetap ada babak yang menyentuh jiwa dan perasaan. Nak² tengok hubungan kasih sayang adik dan abang tu, memang menyentuh emosi.

Pastu pengakhiran mesti ada yang tak puashati kan, tapi bagi Mas takde masalah pun. Mas suka pengakhiran tu, takdelah macam cerita hindustan lain yang akhir dia mesti kahwin. Kiranya cinta mereka sampailah walaupun dah terpisah 15 tahun 4 bulan 10 hari kan. Jadi kena mula dari awal, malu² gitu. Alaaa romantik sangat, hehehee!

Bagi yang cakap filem ni tak menarik ke, tak sampai ke jiwa ke dan membosankan ke, itu tak dapatlah nak tolong. Pendapat masing² kan?

Jom layan Gerua!


2 ulasan:

  1. Wahh 4kali betul2 layan habis ni...jgn demam betul2 sudah

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...skg ni mmg semua ngah demam cite Diwale ni...lagunya yg best dengar...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com