terkini dan sensasi

Selasa, 5 Januari 2016

kembali ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam bermulalah episod mama anak 3 menguruskan kembali persekolahan anak².. dah takde istilah alarm bunyi pastu baring kejap, sekarang bunyi alarm je terus bangun sebab nak uruskan anak² sekolah dan siap pergi kerja.. anak² pulak dah takde istilah nak tidur lewat, pukul 10 mama dah perambat masuk bilik.. 


tahun 2016 ni Atikah dah melangkah ke alam sekolah menengah dan Arfan dah masuk tahap 2 sekolah rendah, dah darjah 4.. jadi dua² kena lebih tungkus lumus belajar sebab zaman sekarang pelajaran lebih mencabar dan tahap peperiksaan pun semakin rumit.. pemilihan sekolah tahun 2016 ni pun dah berubah, mereka dah tak bersekolah di Cyberjaya.. tahun ni dua² dah pindah sekolah di area Salak Tinggi.. dekat sikit dengan rumah dan senang husband nak jemput hantar walaupun dia bekerja shif siang.. 

sesi persekolah pulak, Arfan sekolah sesi pagi dan petang Mas hantar sekolah agama.. tahun ni pertama kali hantar dia sekolah pagi petang.. bukan apa, Mas nak masa lapang dia dipenuhi dan bagi Mas anak lelaki ni elok sekolah agama sebab mereka akan jadi pemimpin keluarga nanti.. Atikah pulak sekolah sesi petang dan sementara tunggu rayuan sekolah berasrama penuh, dia masuk sekolah kelas rancangan khas di Salak Tinggi ni.. 

bagi Mas sekolah dimana² pun sama, janji dapat belajar dan menimba ilmu.. moga 2016 ni mereka lebih cemerlang dan dapat hadapi pelajaran yang makin mencabar ni.. 

budak ni pun sibuk nak sekolah cam kakak dengan abang.. menangis² nak pakai baju sekolah kakak.. haaaa dah macam hantu kak limah lak! hehehee


8 ulasan:

  1. betul dah tue kak.
    x kesah pun belajar kat mana,
    disiplin tu yang penting.
    takdek disiplin mmg rosak ler.

    BalasPadam
  2. hantu kak limah versi kiut miut hehe

    BalasPadam
  3. melawat sini..saya ada buat tempahan full template..lau berminat boleh pm :P

    BalasPadam
  4. jemput join segmen di blog sya
    http://najwazahid94.blogspot.my/2016/01/birthday-segment-bloglist-blogwalking.html

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas..hehehe lawak jer si kecik tu...:)

    BalasPadam

blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya.. semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa.. sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini.. terima kasih dari massaari.com

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com