Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 11 Mac 2016

8th Putrajaya International Hot Air Balloon

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekali lagi belon panas akan berterbangan di udara sekitar Putrajaya. Bermula hari ini, 11 Mac 2016 sehingga Ahad, 13 Mac 2016. Lokasi seperti biasa di Monumen Alaf Baru, Presint 2. Seperti biasa setiap tahun Mas akan bawak anak² tapi tahun ni kena tengok masa jugak. Kalau ada rezeki dapatlah bawak mereka ke sana tahun ni.

Yang pastinya sudah tentu pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. Lagilah cuti sekolah dah bermula, pasti ramai pengunjung yang datang. Untuk masuk ke fiesta ni percuma je, tapi kalau nak sertai aktiviti yang disediakan ada bayaran yang dikenakan. Ini senarai aktiviti dan bayaran.


Pastu kalau nak bawak anak² tu lebih baik bawak payung dan air mineral secukupnya sebab sekarang kan cuaca panas. Bawak jugak bekalan makanan secukupnya dari rumah, takdelah kena beli. Sudah tentu peniaga jual dengan harga yang mahal sebab mereka sewa tapak meniaga pun mahal. 

Jadi apa lagi, kalau anda tiada apa² aktiviti nak buat hujung minggu ni bolehlah bawak anak² dan keluarga tengok belon panas. Untuk maklumat lanjut boleh ke website myballoonfiesta.com. Ini Mas sertakan aturcara program sepanjang 3 hari fiesta berlangsung.



Ok nak bodek husband ajak pergi, hehehee!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com