Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 Mac 2016

Blogger Run Bersama KetchUp Team : Cafe Hunting

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah dengar kawan² cerita pasal cafe ni tapi Mas memang tak pernah cuba makan di mana² cafe pun. Bukannya apa, Mas ni tekak melayu jadi lebih suka makan di gerai² je. Tapi minggu lepas Mas berpeluang sertai Blogger Run ke 5 buah cafe di sekitar Bandar Sunway anjuran KetchUp Team dan Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai Social Media Partner..

Apa itu KetchUp
KetchUp adalah salah satu portal yang memberikan pelbagai informasi mengenai lokasi cafe, restoran atau tempat makan yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Lembah Klang. Jadi setiap minggu KetchUp Team dengan kerjasama beberapa rakan media telah menerjah beberapa buah cafe yang menarik bagi melihat sendiri keunikkan dan keistimewaan cafe tersebut serta mencuba makanan yang disediakan di setiap cafe.

Sabtu lepas Mas dan beberapa rakan blogger yang lain telah ke 5 buah cafe di Bandar Sunway. Cafe yang kami kunjungi ialah WhupWhup Cafe, A Pie Thing Cafe, Underground Societe Cafe, After Black Cafe dan Garage 51 Cafe. Wahhh nama cafe pun dah unik dan ala² hipster gitu!

WhupWhup Cafe


Cafe ini terletak di kawasan perindustrian, jadi siapa sangka di kawasan sebegitu ada sebuah cafe. Sampai kat depan cafe memang tak sangka ianya sebuah cafe sebab bila tengok luaran macam sebuah bengkel je. Melangkah masuk ke dalam cafe terus teruja dan terpesona dengan dekorasinya yang persis berada di dalam sebuah kilang. Menu² yang disajikan kepada kami jugak memang memenuhi citarasa dan yang paling Mas suka ialah Salmon ni, memang 5 bintang.



A Pie Thing Cafe


Di cafe ni semuanya dan segalanya tentang pie. Dekorasi cafe memang ringkas tetapi menarik, sesuai sangat untuk minum petang sambil menikmati secawan kopi dan sebiji pie. Mas memang jarang makan pie tapi semua jenis pie yang dihidangkan kepada kami memang super duper sedap. Mas paling suka pie ni, dalam dia ada lamb yang diracik² dengan toping mashed potato.



Underground Societe Cafe


Ini memang cafe ala² hipster, nama pun dah hipster kan. Dekorasi dalam cafe pun sudah tentulah ala hipster jugak dan semestinya unik. Menu yang disajikan jugak lain dari yang lain dan memang pertama kali Mas makan menu sebegitu. Mee yang disajikan dengan sayuran dan salmon ni memang menepati citarasa Mas, cukup rasanya. Bagi Mas ia sesuai untuk orang yang berdiet.



After Black Cafe


Semasa melangkah masuk ke dalam cafe ni memang ramai sangat pengunjung sedang menjamu selera. Dekorasi dalam cafe memang sedap mata memandang dan membuat kita tertarik nak cuba makanan di sini. Paling menarik perhatian Mas ialah dekorasi barang² antik dan lama, sangat cantik! Menu yang dihidangkan memang sedap dan Mas paling suka Sphagetti Olio ni.



Garage 51 Cafe


Cafe ini memang dah terkenal, sebab ramai kawan² blogger sebut pasal keunikkan dan kesedapan makanan di sini. Dekorasi cafe ala² garaj memang tepat dengan namanya. Unik dan ada keistimewaannya tersendiri! Paling unik air yang dihidangkan, fuhhh memang bikin meleleh air liur bila tengok. Makanan yang disediakan jugak sedap dan menarik.


Fuhhh selesai 5 cafe dan bagi Mas semua cafe ada keistimewaan dan keunikkan tersendiri baik dari segi dekorasi dan menu yang disajikan. Satu pengalaman berharga bagi Mas yang sememangnya kurang tahu kewujudan cafe sebegini. 

Terima kasih KetchUp Team dan rakan media yang lain, seronok dapat kenal, borak², makan² dan luangkan masa bersama. Korang semua memang pasukan yang super duper awesome. Mas dan KBBA sentiasa menyokong KetchUp!


Untuk maklumat lanjut mengenai program Ketchup boleh ke laman sosial berikut:


3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com