Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 10 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Hari terakhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni kisah penutup cuti Sabah kami.


Dek kerana flight kami ke KLIA jam 10.30 malam jadi Mas ajak husband ke Kundasang dan Ranau lagi sekali. Bukan apa Mas nak sangat pergi Kelah Sanctuary sebab hari pertama kami ke sana tempat tu tutup kerana air sungai kotor. Husband pun setuju dan sebelum pergi kami telefon dulu untuk pastikan Kelah Sanctuary telah dibuka. Memang kami bernasib baik sebab ia dah dibuka seperti biasa. 

Pukul 9.30 pagi kami gerak ke Kundasang dan tiba di Ranau pukul 12 tengahari. Sampai di Ranau kami terus ke Kelah Sanctuary. Sampai di sana masih tak ramai orang jadi senang sikit nak bagi makan ikan. Tiket masuk yang dikenakan RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak². Makanan ikan pulak dijual dengan harga 20 sen satu pek. Kalau nak mandi bersama² ikan pun boleh, RM10 tiketnya. Pastu kamera pun kena caj sekarang, RM3 untuk satu kamera.. 







Tapi sekarang dah ada peraturan nak masuk ke situ, hanya boleh berada 15 minit je untuk bagi makan ikan dan seorang hanya boleh beli 1 pek makanan sahaja. Rasa agak tak berbaloi jugaklah sebab sekejap sangat masanya. Mas pergi tahun 2012 dulu tak kisah berapa lama pun nak berada kat situ dan makanan ikan pun boleh beli seberapa yang kita suka. Mungkin mereka buat peraturan sebab tak nak terlalu ramai pengunjung berada di tepi sungai pada sesuatu masa. Tapi takpe, janji dapat datang dan rasai sendiri pengalaman tu Mas dah seronok. Baru puas hati!

Selesai bagi makan dan main² dengan ikan kami rasa pengalaman naik jambatan gantung yang ada kat situ. Dulu Mas tak berani langsung naik, sekarang dah berani. Anak² Mas tak takut langsung, lagi seronok adalah terutama Airis. Siap jalan sampai ke hujung. Dah puas naik jambatan gantung terus kami gerak ke pekan Ranau untuk makan tengahari. 



Siap makan terus gerak ke Kundasang untuk singgah beli buah-buahan dan makanan tempatan orang Sabah yang dijual di sepanjang jalan di Kundasang. Pastu singgah jugak makan Kepak Ayam Madu yang memang terkenal di Kundasang. Wajib makan tau kalau sampai ke sana, memang sedap. Ia dijual dengan harga RM3 untuk 2 kepak ayam. Dekat RM20 jugak habis beli kepak ayam je, siap tapau nak makan sepanjang perjalanan balik ke KK.

Sebelum balik ke KK kami singgah sekejap dekat Mountain View Point yang terletak di jalan nak ke Kundasang. Kat sini memang jelas boleh nampak Gunung Kinabalu dan memang cantik untuk ambik gambar. Tapi nasib kami tak berapa baik sebab cuaca berkabus tebal, jadi jangan haraplah nak nampak gunung. Ambil jelah gambar ala² Dilwale dengan kabus tu, hehehee! 




Dah puas bergambar terus sambung perjalanan balik ke KK. Tiba di sana pukul 5.30 petang dan terus pergi ke Pasar Ikan Masin dan Pasar Tempatan untuk beli ikan bilis, kuih cincin dan amplang. Selesai memborong terus kami gerak ke airport. Malangnya flight delay ke jam 11 malam, jadi tiba di KLIA pukul 1.30 pagi.

Itu saja pengalaman dan cerita pahit manis percutian Mas dan keluarga ke Sabah. Mas tak akan serik ke sana, mungkin 2 atau 3 tahun lagi kami akan bercuti ke sana semula. Sabah memang sentiasa jadi destinasi percutian Mas.

2 ulasan:

  1. saya pergi hari tu tak pergi pun kat tempat ikan tu..xsempat..huhu

    BalasPadam
  2. Bestnye. Anak anak pun seronok kan? :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com