Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Jalan² di Kundasang

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ni Mas nak sambung lagi cerita cuti Sabah kami, kali ni berkisar cerita jalan² di sekitar Kundasang. Memang banyak tarikan dan tempat menarik di Kundasang, ada Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Desa Dairy Farm. Di pekan Kundasang jugak terdapat gerai² menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta pelbagai jenis makanan tempatan. 

Tapi pada percutian kali ni Mas hanya pergi ke Desa Dairy Farm dan Kinabalu Park. Walaupun dah kali ke-3 ke Sabah tapi ini kali pertama Mas ke Desa Dairy Farm. Memang sangat teruja sebab ramai orang cakap tempatnya macam mini New Zealand, rugi kalau tak sampai ke sana. Bila dah jejak kaki memang sangat terpesona dengan keindahannya. Ladang ternakan lembu yang terletak di kaki gunung Kinabalu memang persis New Zealand. Dengan cuaca yang sejuk dan berkabus memang boleh bayangkan berada di luar negara. 






Selain permandangan indah yang membuatkan kami tak henti² abadikan kenangan bergambar, ada jugak tarikan lain. Antaranya produk dari susu lembu yang dijual seperti susu segar, puding dan aiskrim galeto. Mas memang jatuh hati dengan kesedapan susu segar dan aiskrim galeto. Selain itu kami jugak berpeluang memberi minum susu dan makan kepada anak² lembu dan kambing. Bukan anak² je teruja merasai pengalaman ini, Mas dan husband pun sama. Banyak susu dan rumput Mas kena beli untuk bagi minum dan makan anak² lembu serta kambing yang dijual dengan harga RM1 ke RM1.50. 




Setelah habiskan masa 3 jam di Desa Dairy Farm kami ke Kinabalu Park. Memang tiada apa sangat di sini tapi saja cuba nasib pergi, mana tahu boleh nampak gunung dengan jelas. Tapi tak lama kami di sini sebab cuaca berkabus, jadi memang tak dapat nak ambik gambar berlatarbelakangkan gunung dari jarak yang dekat. Cuma dari sini boleh nampak kesan runtuhan gempa bumi tahun lepas, jelas nampak hakisan tanah.


Selesai di Kinabalu Park kami gerak balik ke Kota Kinabalu dan bercadang nak singgah di Rumah Terbalik dan Muzium 3D. Pertama kali jugak Mas ke sini jadi agak teruja. Tapi indah khabar dari rupa, memang mengecewakan! Muzium 3D kami tak masuk sebab harga tiket yang agak mahal, RM30++ untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak², tak berbaloi bagi Mas. Jadi hanya masuk ke Rumah Terbalik.

Pengalaman masuk ke Rumah Terbalik lagi mengecewakan! Dengan harga tiket yang agak mahal iaitu RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak², tapi masuk kat dalam rumah tu lebih kurang 10 minit je. Pastu dilarang bergambar di dalam rumah dengan alasan tak nak pengunjung ambil masa yang lama di dalam tu. Huhhh memang tak logik alasan, tak berbaloi dengan harga tiket yang kami bayar. Setakat bergambar di luar rumah je. Jadi memang Mas tak rekemenkan kawan² masuk ke Rumah Terbalik ni, tak berbaloi langsung!


Kecewa di Rumah Terbalik kami teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Di KK Mas hanya menginap di hotel bajet iaitu Sri Iskandar Hotel yang terletak di tengah² pekan KK. Harga bilik family yang lengkap dengan 2 katil queen, penghawa dingin dan TV hanya RM120 semalam. Mas berpuas hati dengan hotel ni.


Sampai sini saja, panjang dah ni. Esok Mas cerita kisah makan seafood. Ini memang perkara wajib jika sampai ke Sabah!

4 ulasan:

  1. kak mas bestnyaa. mmg plan nk kesana la kak. tgh survey2 ni

    BalasPadam
  2. wah... seronoknyer mas... mmg cantik n sejukkan kundasang... murahnya hotel tu.... dh lama teringin nak p sini....

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...wah bestnya bercuti...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com