mrs secretary

Selasa, 29 Mac 2016

Pergaduhan wang hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Dunia akhir zaman! 

Manusia lebih suka bergaduh dan berkira² dek kerana wang ringgit. Kerana kuasa duit nak nikah pun boleh tak jadi. Ini rentetan pergaduhan 2 keluarga pengantin akibat duit hantaran tak mencukupi. Sanggup lihat anak² tak nikah dek kerana duit hantaran tak cukup RM15k.


Fuhhh 15k tu! Mas dulu kahwin RM5000 je hantaran, lagilah separuh bagi mak abah untuk belanja kenduri dan lagi separuh Mas gunakan untuk sewa pelamin, baju, jurugambar dan persiapan lain. Alhamdulilah cukup dan majlis kenduri berjalan lancar. 

Alahhh 10 tahun lepas harga barang² masih murah. Haaa jangan nak buat andaian macam tu pulak, sepatutnya kita ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa tak mampu buat sekadar ikut kemampuan kita, janji majlis berjalan lancar dan dahulukan yang wajib. Ibu bapa pun janganlah nak menunjuk² dengan kenduri kahwin anak yang mewah sebab nak dapat pujian. Tak mampu buat cara tak mampu!

Pasal wang hantaran pulak, patutnya ibu bapa serahkan pada anak² untuk tentukan berapa yang mereka mampu bagi. Biar mereka berbincang sebab mereka yang nak bernikah dan bina rumahtangga. Kalau ibu bapa dok desak nak hantaran tinggi sebab anak berpelajaran tinggi memang jadilah perkara sebegini. Pihak lelaki walau tak mampu turutkan jugak sebab dah sayang. Mas pun lulusan diploma jugak, tapi takde nak ketuk pihak lelaki sampai bagi hantaran RM15k! Lagi pun wang hantaran ni bukannya wajib, pihak lelaki bagi sebagai hadiah dan ikut kemampuan.

Jadi pada wanita yang belum berkahwin tu jangan jadikan wang hantaran sebagai perkara paling utama. Patutnya fokuskan pada kebahagiaan hidup berumahtangga selepas bernikah, itu lagi penting dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Bincang elok² pasal wang hantaran dengan bakal suami, biarlah ikut kemampuan dan setimpal dengan gaji dia. Yang penting kita selamat jadi isteri dia dan hidup kekal bahagia selamanya.

5 ulasan:

  1. Hangat isu nih.. Siap yg ada yg viralkan videonya.. Tapi malas nak komen panjang2.. Pening diorang nih.. Nak kahwin pon payah.. Huhu..

    BalasPadam
  2. Tulah zaman skrg nie ltk hantaran tggi2 kdg2 membebankan pihak lelaki.. uhuhu

    BalasPadam
  3. macam-macam zaman skrg ni...

    BalasPadam
  4. Setuju dengan ulasan kak mas!
    Ibu bapa zmn sekarang ni yg kena didik...didik bagaimana jgn letak nilai anak dara tu dgn wang ringgit...duniawi sungguh!...apa salahnya buat yg termampu...tak payah gaduh hal kecik memalukan orang melayu

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...dunia dah nak berakhir...mcm2 hal berlaku skg semuanya diluar jangkaan kita...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com