Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 9 April 2016

Baby Naturals by Watsons

Assalamualaikum...(^ ^)

Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran sekarang membuatkan kita ibu bapa lebih berhati² untuk memilih produk yang terbaik terutamanya untuk anak². Produk tersebut mesti sesuai dengan kulit anak kita, beri dia keselesaan dan kelembutan bila digunakan serta dari bahan semulajadi yang tidak memberikan kesan sampingan. 


Baby Naturals by Watsons
Produk ini dihasilkan daripada organik Calendula dari Australia untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Semua produk adalah dari bahan semulajadi dan bebas dari paraben, silikon, mineral oil, alkohol dan pewarna. Jadi ia merupakan produk penjagaan kulit yang terbaik dan sangat sesuai untuk kulit bayi yang sensitif dan kanak². Malah si ibu pun boleh menggunakannya.


Semalam Mas berkesempatan ke Majlis Sidang Media Produk Baby Naturals by Watsons di Sunway Lagoon. Majlis diserikan dengan kehadiran Dr Meera Thalayasingam, Pakar Pediatrik dari Subang Jaya Medical Centre. Kami jugak dipersembahkan dengan demo teknik urutan bayi menggunakan Calendula Massage Oil. Dengan urutan dari minyak tersebut bayi akan lebih tenang dan selesa serta dapat tidur lebih lena. Jadi sememangnya Baby Naturals sesuai untuk bayi dan jugak ibu.





Terdapat 4 jenis produk Baby Naturals iaitu: 

1. Calendula Hair & Body Wash
Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan rambut lebih lembut. Dengan bahan semulajadi dan penjagaan khas ia bertindak lembut pada kulit dan rambut bayi.

2. Calendula Lotion
Membantu fungsi semulajadi kulit dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit. Ia menyerap dengan cepat dan memberikan penghidratan ringan kepada kulit bayi.

3. Calendula Moisturising Cream
Ia memberikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit bayi dan tidak rasa berminyak pada kulit apabila menggunakannya.

4. Calendula Massage Oil
Membantu fungsi semulajadi kulit dan mencegah kulit dari kering. Ia bebas dari minyak mineral dan menyerap ke dalam kulit tanpa menyumbat liang roma.


Jangan lupa dapatkan produk Baby Naturals dan jadikan ia teman kesihatan kulit bayi dan anda. Ia dijual di semua kedai Watsons seluruh Malaysia dengan harga pasaran dari RM19.90 ke RM27.90. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.watsons.com.my




4 ulasan:

  1. Rasa mcm nk beli je lotion tu. Fara suka pakai lotion baby hehe . Sbb lembut je

    BalasPadam
  2. boleh laa pi tengok tengok kat watson nanti

    BalasPadam
  3. Macam best ja, boleh try utk Zahra:)

    BalasPadam
  4. wah comel2 nya botol , warna ceria tu, bau mesti wangi kan. ~umminani

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com