Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 12 April 2016

Biar anak terokai alam mereka

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² Mas tengok sesetengah ibu bapa terlalu mengongkong anak mereka, terutamanya pada anak yang masih kecil. Memang tak salah nak kongkong tapi biarlah ia lebih kepada kebaikan. Janganlah kongkong setiap apa anak nak buat padahal perkara tu bagus untuk tumbesaran dan pemikiran mereka. Biar anak² terokai alam kanak² mereka dengan penuh gembira!


Ada ibu bapa yang langsung tak boleh tengok anaknya kotor, anaknya jatuh, anaknya merasa sakit, anaknya berkawan dan macam² lagi. Bagi Mas biar anak² alami semua ini. Biar mereka rasa main kotor dan bila dah tahu buat benda tu boleh kotorkan badan dan baju mereka akan belajar. Oooo patutlah mama larang buat benda ni, nanti baju kotor. Jadi akan datang mereka tak akan ulangi lagi. Haaa dari situ mereka dah lalui proses pembelajaran yang baik.

Kadang kongkongan kita buat anak jadi seorang yang pasif. Nanti mulalah kita dok fikir kenapa anak aku tak macam anak orang lain. Lambat bercakap, tak mahu bergaul, tidak mesra, tidak aktif dan sebagainya. Mungkin itu semua berpunca dari sikap kita yang terlalu mengongkong tu. Pakar kanak² pun ada berkata, biar anak² terokai dan rasai apa yang ada di sekeliling mereka. Dari situ mereka belajar, dari situ minda mereka berkembang dan semua yang diterokai itu membantu tumbesaran dan kecerdasan otak anak². 


Macam Mas, dari anak pertama hingga ketiga memang tak pernah kongkong mereka alami apa yang ada di sekeliling mereka. Mas cuma pantau dan kawal jika sesuatu itu nampak merbahaya dan memudaratkan. Alhamdulilah anak membesar dengan baik dan cergas.

Jadi ibu bapa jangan terlalu risau dan over caring. Biar anak rasai pengalaman tu dan bina keyakinan diri dari apa yang mereka terokai!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com