Assalamualaikum...(^ ^)
Jumaat Sabtu dok berboling! Fuhhh lenguh seluruh badan. Tapi berbaloi sebab dua² kejohanan berjaya bolot hadiah, hehehee!
Alkisahnya Sabtu lepas ada kejohanan boling anjuran rakan sepejabat. Jadi Mas ajaklah husband, Atikah dan sorang kawan bowlers ikut serta. Main untuk suka² dan sambil tu boleh berlatih sekali untuk misi ke Sarawak bulan Mei nanti. Nak berlatih waktu kerja memang takde masa, jadi ambil peluang join kejohanan camni untuk mantapkan skill.
Tak sangka lepas berhempas pulas main 3 games kat lane kayu di The Mines, pasukan Mas berjaya bergelar Juara. Memang tak jangka pun akan menang sebab main kat lane kayu memang banyak kelemahan. Setting point, anak panah, langkah dan setting bola semua lari, nak dapat strike pun jenuh. Jadi tak berjaya nak pegang gelaran pemain wanita terbaik, hohohoo!
Inilah hadiah yang berjaya kami bolot. Bukan saja hadiah juara kumpulan tapi 3 beranak bolot hadiah cabutan bertuah. Memang murah rezeki kami!
Terima kasih pada rakan² yang anjurkan kejohanan ni, seronok sangat. Sambil main boleh beramah mesra dan eratkan lagi ukhwah. Nama je satu pejabat tapi bukan selalu bersua muka, jadi acara camnilah dapat rapatkan hubungan sekerja tu.
malu nak main dgn akk..mau saya kene tinggal mata jauh ;)
BalasPadam