Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 5 April 2016

Gara² sehelai tudung

Assalamualaikum...(^ ^)

Pasti ramai dah tahu pasal berleluasanya viral video berebut² nak beli tudung tu. Sampai ada yang sanggup tolak menolak antara lelaki dan perempuan. Pastu ada yang sanggup tidur dan berkampung di kaki lima kedai bagi nak dapatkan koleksi terbaru tudung tersebut. Ada jugak yang sanggup beratur seawal pagi demi sehelai tudung!


Mas tak mahu sebut jenama tudung tu sebab pastinya semua dah tahu. Mas tak kisah kalau peminat² fanatik tudung sanggup buat apa saja demi nak dapatkan koleksi terbaru, sebab bagi Mas itu hak masing². Duit masing², tak kisahlah nak berbelanja berapa mahal sekali pun demi sehelai tudung. Cuma Mas kurang senang dan kurang setuju dengan sikap mereka yang terlampau fanatik.

Sebagai orang Melayu yang sememangnya penuh dengan adat, nilai murni dan budi bahasa sepatutnya kita kawal emosi. Janganlah terlalu taksub dengan perkara sebegini sehingga lupa budaya kita, sanggup berebut² malah bergaduh demi nak dapatkan hanya sehelai tudung. Kalau tak dapat beli pun tak salah rasanya, bukan rezeki kita. Banyak lagi tudung lain yang boleh dipakai, janji menutup aurat. Itu yang lebih utama kan?

Pastu pihak pemilik butik tudung tu patutnya lebih peka dengan cara strategi pemasaran dan penjualan. Bukannya seronok dan bangga bila ramai pelanggan berebut² nak beli barangan mereka. Dengan viral yang berleluasa jangan ingat pemasaran kamu berjaya tapi sebenarnya cara itu salah! Apa salahnya wujudkan cara yang lebih sistematik seperti sistem nombor ke atau kaunter ke. Dengan cara ini pelanggan lebih tersusun, takde nak berebut² dan semua dapat beli dengan hati yang senang.

Jadi bagi Mas jangan kita terlalu taksub sangat, baik penjual atau pun pembeli. Jangan dok cakap itu hak kita, kita mampu! Memang, tapi kalau kemampuan dan ketaksuban itu dah mengatasi batas² ajaran Islam wajarkah kita bersikap sedemikian? Jadi tepuk dada tanya iman dalam diri kita.

2 ulasan:

  1. pernah laluinya masa tudung aj di gilai ramai even murah..mgkn kerana strategik marketing yg mcm tu buat peminatnya makin bertambah..hanya yang sanggup je yg pergi terjah berasak2 macam tu

    BalasPadam
  2. sVs pakai tudung murah je.. yg penting menutup aurat mengikut syariat islam

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com