Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 29 April 2016

Jubah Lelaki Moden by RizQ Design

Assalamualaikum...(^ ^)

Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Hampir kepada Ramadhan dah kita. Bila sebut Ramadhan pasti sinonim dengan persiapan awal untuk berhari raya. Bagus siapkan awal, nanti takdelah kelam kabut kan? Mas pun dah pilih tema baju raya dan dah berkira² nak beli baju camne tahun ni. Mas macam biasa suka beli jubah, senang dan selesa dipakai. Untuk husband dan anak lelaki pulak memang nak belikan mereka jubah tahun ni. Mas suka tengok lelaki berjubah, nampak segak!


Jubah pilihan dah ada dalam senarai iaitu dari rekaan RizQ Design. Baru² ni Mas dan rakan blogger KBBA berpeluang bertemu dengan pemilik RizQ Design dan melihat sendiri rekaan Jubah Lelaki Moden milik beliau. Pertama kali tengok rekaannya terus jatuh cinta, nampak sangat smart, stylo dan elegen. Bila Mas suruh husband cuba gayakan jubah dan kurta, fuhhh memang kacaklah! Terletak dan sesuai dengan bentuk badan dia.



Selain dari smart dan elegen, jubah rekaan RizQ Design menggunakan material terbaik dan tahan lasak dengan harga mampu milik. Pastu perincian rekaannya jugak mesra pemakai iaitu dengan rekaan berzip yang memudahkan kita memakainya. Rekaannya jugak terkini, moden dan maskulin, memang sesuai untuk lelaki moden zaman sekarang. 

Camne, terpikat tak dengan Jubah Ipman ni. Kalau dah terpikat mari Mas cerita dimana serta bagaimana nak beli dan berapakah harganya. Bukan setakat boleh beli, berminat nak jadi agen/dropship pun boleh!


Open Day Jubah Lelaki Moden
Bagi yang berminat untuk menjadi agen/dropship Jubah Lelaki Moden, anda dijemput datang sendiri ke butik kilang RizQ Design bagi melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016. Tarikh, masa dan tempat seperti berikut.. 

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi hingga 8 malam
Tempat: Alam Aveneu 2, Seksyen 16 Shah Alam

Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%. Agen boleh mula membuat PRE-ORDER mulai 30 April 2016 dan stok akan dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Harga Jualan
Koleksi jubah dan kurta moden ini akan dijual bermula dari harga RM109 sehingga RM229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan pilihan 10 warna menarik bagi setiap koleksi dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna. Pilihan saiz pula dari S hinggalah ke XXL. Jualan akan bermula pada 1 Jun 2016.

Special Project
Sempena Aidilfitri ini Jubah Lelaki Moden RizQ Design akan berkolaborasi dengan Hafidz Roshdi.



Haaa dah berkenan kan, jadi dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian dan pertanyaan di sini. 

Instagram: @jubahlelakimoden
Facebook: jubahlelakirizq
Whatsapp: 011-21524939

Ahli KBBA9 bergaya dengan Jubah Lelaki Moden.





6 ulasan:

  1. Smart gila kan jubah ala IP Man ni. Sendiri pula yang teruja. Hubby akak pakai smart dah tu apa lagi grab for Raya la nanti.

    BalasPadam
  2. design dia lain2 dari yang lain..saya suka kurta tu..boleh usha untuk en.suami..

    BalasPadam
  3. memang berkenan dah dgn kurta tu, jubah pun sama..tggu masa je nak rembat sepasng ..

    BalasPadam
  4. anak2 nani kecik2 lagi.kalau ada yg bujang sure nani p beli

    BalasPadam
  5. design lain yang lain, memang minat gila, nak beli kat anak-anak kecik lagi, anak sedara gegirl, jadi support untuk rizqdesign.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com