Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 4 April 2016

Kursus Team Building

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini kisah kursus yang Mas ikuti minggu lepas. Walaupun syarat kena cukupkan kursus 7 hari setahun dah ditangguh tapi Mas tetap seronok nak pergi kursus. Lagilah kursus Team Building, memang seronok! Jadi terus beritahu kat urusetia nak ikut sekali kursus ni.



Kali ni kursus diadakan di Suria Hotspring Resort di Bentong. Baru 2 tahun resort ni dibina, dulu hanya tumpuan kolam air panas yang dibuka kepada para pengunjung. Bila resort dah dibuka tetap ada kolam air panas untuk para pengunjung mandi manda. Memang cantik resort ni dan selesa. Sesuai kalau nak bawak keluarga bercuti sambil mandi kolam air panas. Yang seronoknya kat resort ni siap ada tempat untuk uji fizikal. 


Pastu pihak consultant yang bertindak sebagai fasililator kursus pun bagus dan terbaik. Memang sepanjang kursus tak rasa bosan pun! Banyak aktiviti dan games yang disediakan untuk kami. Semuanya memang menguji semangat kita dalam pasukan dan perlukan kita bekerjasama sebagai satu pasukan jika nak menang. Dari situ kita dapat tahu mana ahli pasukan betul bersungguh² dan mana yang hanya ikut je. Dan alhamdulillah ahli pasukan Mas semuanya terbaik dan bekerjasama susah dan senang.




Antara aktiviti  yang disediakan untuk kami ialah river trekking, explorace, telematch dan pelbagai games. River trekking paling seronok, sepanjang trekking kami hanya merentasi sungai. Mula² kononnya tak nak basah tapi akhirnya lencun jugak bila semua pakat simbah air. Pastu explorace pun agak mencabar apabila menguji sejauh mana ketelitian kita dalam satu pasukan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Adakah kita buat sambil lewa sebab nak habiskan cepat atau buat betul² mengikut arahan supaya semua tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Aktiviti telematch dan games jugak banyak membantu untuk Mas lebih kukuh dalam pasukan. Sesetengah kerja kita memerlukan kerjasama dari pasukan, memang tak boleh selesaikan sendiri. Pastu kena ada sefahaman, tak boleh asyik nak bercanggah pendapat. Kalau camtu memang tak akan berjaya pasukan kita. Kena terima cadangan dan idea dari setiap ahli, dengar cakap ketua dan sebagai ketua kita jugak kena bersedia menerima cadangan dan pendapat semua ahli. Barulah pasukan kita boleh bergerak maju dan kukuh!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com