Terkini dan Sensasi

Jumaat, 22 April 2016

Minggu Setiausaha : Penghargaan untuk PA

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiausaha atau PA tetap sama, tugasnya bukan setakat menjaga bos tapi lebih dari itu. Sebagai PA bukan senang nak jaga nama baik organisasi, nama baik bos dan nama baik diri sendiri. Ramai yang anggap kerja PA hanya bancuh kopi untuk bos, jawap telefon dan rekod surat tapi hakikatnya rahsia dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan dipikul hanya PA yang tahu.


Dengan adanya Minggu Setiausaha terasa diri dihargai sebagai PA. Kiranya masyarakat masih nampak kepentingan tugas setiausaha ni. PA sekarang bukan hanya perlu tahu jaga diary bos tapi segala urusan berkaitan mesyuarat, kerahsiaan dokumen dan kerahsiaan bos dia kena jaga. Kena pandai simpan rahsia! Mas akui pernah terlepas cakap sehingga terbocor rahsia, memang rasa menyesal sangat. Jadi sekarang Mas lebih berhati² dan belajar dari kesilapan.

Ada setengah PA beruntung bila bos sponsor pergi makan malam sempena Minggu Setiausaha di hotel² terkemuka. Memang seronok kan? Bagi Mas dapat penghargaan sebegini dari bos adalah satu bonus, kalau tak dapat pun janganlah kecewa. Anggap bos hargai kita setiap hari bila dia berpuashati dengan kerja yang kita lakukan, itu dah memadai bagi Mas!

Happy Secretary's Week!


1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com