Assalamualaikum...(^ ^)
Sedar tak sedar lagi sebulan lebih Ramadhan akan tiba, dimana semua umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Apabila sebut sahaja bulan puasa sudah pasti ianya sinonim dengan buffet² Ramadhan di hotel² terkemuka. Jadi apa salahnya sepanjang bulan Ramadhan tu kita bawak keluarga makan sekali di luar, bukan apa bagi cuti masak sehari untuk isteri. Tak salah kan?
Jadi Mas cadangkan cuba buffet Ramadhan di Hotel Dorsett Grand Subang. Sabtu lepas Mas berpeluang mencuba buffet di sana.
Ramadhan at Dorsett Grand Subang
Tahun ini pihak Dorsett menyediakan konsep buffet Selera Kampung @ Melati. Buffet ini menyajikan makanan tradisional kampung yang pastinya menjadi pilihan ramai. Orang Melayu kan mana boleh dipisahkan dengan masakan tradisional kampung dan menu yang disediakan pasti memikat selera.
Dimulakan dengan hidangan pembuka selera seperti pelbagai aneka jenis Kerabu, aneka jenis Sambal, Ulam-Ulaman, Sup Gearbox, Sup Tulang Kambing Berkentang dan Sup Isi Ketam + Jagung. Kemudian diikuti menu utama seperti Nasi Putih, Nasi Briyani Gam Ayam, Sambal Sotong Petai, Masak Lemak Nenas Ikan Masin dan Ikan Keli Salai Berlada. Tidak lupa jugak dessert yang lazat seperti buah-buahan tempatan dan aneka jenis kuih seperti Badak Berendam, Onde-Onde, Seri Muka, Puteri Ayu, Kuih Lapis dan Bubur Cha Cha + Keledek.
Terdapat juga signature dish mereka iaitu Kambing Bakar dengan Nasi Mandy yang pasti menjadi tumpuan dan pilihan utama para pengunjung. Jangan dilupakan Mee Rebus Warung Tok Din yang memang terkenal di Dorsett ni.
Sambil menjamu selera anda akan dihiburkan dengan persembahan oleh Geng Wak Long. Sepanjang persembahan dari hari Jumaat ke Ahad, para pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan.
Buffet Ramadhan ini bermula dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam. Harga untuk seorang dewasa ialah RM140, warga emas dan kanak² berumur 6-12 tahun akan mendapat diskaun 50%. Bermula 1 Mei hingga 7 Jun 2016 pihak Dorsett Grand ada menawarkan Early Bird Voucher dengan 25% diskaun. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi 03-50316060.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan