Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 18 April 2016

Review filem The Huntsman Winter's War

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang mengikuti filem The Huntsman ni semasa dengan Snow White. Bila keluar filem terbaru memang tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Lagipun Mas suka dengan watak Eric!


Sinopsis filem
Mengisahkan kehidupan Queen Ravenna sebelum ia dibunuh oleh Snow White dimana dia telah mengkhianati kehidupan adiknya Ratu Freya dengan membunuh anak adiknya. Selepas kematian anaknya Ratu Freya telah bertukar menjadi jahat dan menubuhkan kerajaan ais dan menakluki semua kerajaan lain. Dia jugak telah menangkap kanak² dan melatih mereka menjadi Huntsman. Di sinilah bermula kehidupan Eric dan bagaimana dia menjadi Huntsman dan bagaimana isterinya dibunuh. Yang paling menarik apabila Queen Ravenna hidup kembali!

Review The Huntsman Winter's War
Memang filem yang tak mengecewakan. Plot dan jalan cerita mudah difahami walaupun ianya flashback di zaman bermula kejahatan Queen Ravenna. Jadi konsep sekuel ini memang idea yang menarik. Cuma kalau tak pernah menonton episod Snow White tu korang ada sedikit kelirulah.


Watak Eric lakonan Chris Hemworth memang Mas minat dari episod Snow White lagi. Watak yang sangat bersahaja. Watak Queen Ravenna jugak memberi kesan yang mendalam. Geram dan benci tengok kejahatan dia tu!

Jadi bagi peminat filem fantasi sebegini wajib tonton sekuel The Huntsman ni. Mas bagi 8 bintang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com