Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 10 April 2016

Review filem The Jungle Book

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang filem yang Mas teringin nak tonton sejak tengok trailer di pawagam. Semalam berkesempatan menonton di Dpulze Cyberjaya. Pergi walk-in je, nasiblah dapat tiket. Jom baca review untuk filem yang menarik ni.


Sinopsis filem
Cerita yang diadaptasi dari buku cerita The Jungle Book karya Ruyard Kipling ini mengisahkan kisah pengembaraan seorang kanak² terbiar bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekawan serigala di dalam hutan rimba India. Hidup Mowgli dan haiwan lain mula tidak aman apabila kedatangan seekor harimau bernama Shere Khan mengancam kehidupan mereka. Jadi Mowgli terpaksa meninggalkan hutan rimba tersebut untuk menyelamatkan dirinya dan kawan²nya dari ancaman Shere Khan. Pelbagai pengalaman dan ancaman yang dihadapi Mowgli sepanjang pengembaraan tersebut. 


Review The Jungle Book
Mas memang tak pernah baca bukunya dan tak pernah tahu pun kisahnya. Jadi bila mula menonton filem ini Mas agak pasti ianya bosan sebab hanya kisah seorang kanak² dengan haiwan². Tapi tanggapan Mas meleset apabila ianya sebuah filem yang memang terbaik.

Ada babak yang buat Mas menitiskan airmata tanpa sedar, ada babak yang Mas kagum dan terpegun sehingga mulut ternganga serta ada babak suspen sehingga tak berkelip mata menontonnya. Kesan sinematografi dan visual memang menarik, semuanya nampak betul. Teknik CGI pulak terbaik dan memukau, takdelah seperti filem animasi. Kalau tengok 3D mesti lagi gempak dan puashati!

Nilai kasih sayang dan persahabatan antara Mowgli dan haiwan² tu memang patut dipuji. Mereka bersama susah dan senang! Pastu watak Mowgli pun sangat mantap, pandai budak tu berlakon. Nampak seolah² memang dia di alam rimba bersama haiwan².

10 bintang untuk The Jungle Book!


3 ulasan:

  1. rasa macam nak pi tengok lagi ja, best!

    BalasPadam
  2. Wahhh ni yang buat tak sabar nak pergi tengok ni. :)

    BalasPadam
  3. haaaaa kita pun tgk kat dpulze...bestttt suka2 teringat zaman-zaman pengakap dulu heheheh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com