Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 14 April 2016

Tak percaya ubat kurus

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam ada kawan lama Mas bertanya camne boleh kuruskan badan. Dia terkejut bila tengok gambar² di FB, sebab sebelum ni memang dia tahu Mas seorang yang gemuk. Pastu dia cakap mesti kau makan ubat kurus kan, dan siap mintak lagi nama ubat tu. Mas gelak je dan cakap kat dia Mas memang 100% tak percaya dengan ubat kurus. Baik berbentuk pil ke, minum ke atau apa sekali pun. 


Jadi Mas harap kawan² yang nak cuba kurus atau kurangkan berat badan tu jangan mudah percaya dengan ubat kurus ni. Memang ada ubat kurus yang mujarab, makan atau minum 2-3 kotak dah boleh hilang 10kg. Nampak menarik dan mudah kan, tapi kesan jangka masa panjang kita tak tau! Malah ada ubat kurus yang dikenalpasti mengandungi bahan beracun.

Berapa lama kita sanggup makan ubat kurus? Sampai masa kita akan berhenti jugak kan, mungkin sebab dah capai berat badan ideal atau dah bosan. Saat kita berhenti tu sudah tentu berat akan naik semula jika kita tak kawal pemakanan dan amalkan senaman yang konsisten. Percayalah!

Pastu ubat kurus ni dan apa jenis ubat sekali pun akan datangkan kesan sampingan pada diri kita jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Bahaya kan? Jadi lebih baiklah kita kurus dan sihat dengan cara yang betul iaitu jaga pemakanan dan amalkan senaman. Mas dah buat dan terbukti Mas berjaya. Walaupun mengambil masa setahun tapi Mas puashati sebab disamping berjaya kurus kita dapat amalkan gaya hidup sihat. 

Jadi buat apa ambik jalan mudah tapi memudaratkan, baik ambik jalan susah sikit tapi hasilnya memberangsangkan dan menyihatkan!

1 ulasan:

  1. a'aa betul tu mas... diet cara yg sihat kan... tahniah dpt kuruskan badan... :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com