Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 2 Mei 2016

37 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Seorang Mas berusia 37 tahun hari ni. 


Terima kasih mak kerana melahirkan.
Terima kasih Allah kerana panjangkan usia sehingga 37 tahun ni.
Terima kasih abang kerana tetap cinta walaupun ayang kerap merajuk.
Terima kasih anak² kerana tetap sayang mama yang garang ni.

Harapan di usia 37 tahun ni seperti biasa nak hidup terus diberkati dan diredhai serta berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Kekal bahagia bersama suami dan anak² tercinta. Hidup gembira bersama adik beradik dan sahabat² serta terus sihat untuk bekerja sehingga pencen.


Sambutan hari jadi semestinya biasa² je, janji gembira. Pagi ni gagah ajak husband naik Cameroon Highlands untuk raikan birthday girl. Tak sabar nak makan strawberi coklat sepuas hati, borong strawberi, borong sayur, beli bunga ros, beli teh Cameroon dan macam² lagi. Hahahaa, tinggi nafsu birthday girl ni!

1 ulasan:

  1. selamat ulangtahun kelahiran ke 37 kalinya. semoga di panjangkan umur & di murahkan rezeki

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com