mrs secretary

Sabtu, 7 Mei 2016

Berakhirnya perjuangan

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari yang dinanti tiba jua! Seawal jam 8 pagi Mas dan pasukan boling IPKKM Putrajaya dah terpacak dekat lane. Perasaan masa tu jangan cakaplah, ada rasa takut, gembira, gementar dan berdebar². Walaupun muka berlagak cool tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Jadi untuk hilangkan gementar tu layan bergambar dulu dengan kawan².

Jam 9 pagi roll off pun bermula. Bila wisel permulaan ditiup perasaan gementar makin memuncak, sampai sakit kepala. Tapi Mas cuba tenangkan diri dan fokus, memang sepanjang main tak tengok pun markah pihak lawan. Mereka buat balingan pun Mas tak nak tengok, nanti lagi gementar!



Alhamdulilah sepanjang games Mas dapat bermain dengan baik dan konsisten, cuma games terakhir teruk sikit. Dapat 117 mata je! Markah keseluruhan Mas untuk 6 games ialah 876. Markah pasukan pulak 2713, berjaya duduk dalam ranking top 5. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.


Terbaik pasukan trio IPKKM Putrajaya. Lagi 2 tahun kita cuba yang lebih baik!


1 ulasan:

  1. terernye kak!kita main bowling dok masuk longkang je citenye

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com