Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 Mei 2016

Hadiah Hari Jadi

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap tahun bila hari jadi mesti Mas bergurau dengan husband pasal hadiah. Nak hadiah istimewa dan mahal² seperti cincin berlian, rantai emas, Pandora, handbag LV dan jam tangan Bonia. Hahahaa giler mata duitan kau Mas! 


Takdelah sampai nak hadiah camtu, saja gurau² manja. Tak kisah dapat hadiah atau tidak, yang penting husband ingat hari jadi Mas dan sayang Mas hingga hujung nyawa itu dah memadai. Kalau dia nak bagi jugak Mas terima dengan hati terbuka, rugi tolak tau! Sapa tak nak hadiah kan? Ecehceh memang mengada kau kan Mas.

Sekali tahun ni husband tanya nak hadiah apa? Haaa dah tanya tu apa lagi, terus cakap dah lama teringin nak ada GoPro. Kau Mas sekali mintak yang mahal terus! Ehhh takdelah, Mas cakap dapat SJCam pun ok. Pastu husband cakap dia survey dulu, cari yang tawarkan harga berpatutan dan berbaloi dibeli. 


Survey punya survey dan diperkenankan oleh birthday girl maka inilah hadiahnya. Pakej sekali dengan bunga yang beli masa kat Cameron hari tu. Mas pun apa lagi, terujalah. Dapat jugak apa yang diidamkan! Nanti Mas cerita pasal SJCam M20 ni. 

TQ Darling! 

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com